Monday, May 27, 2013

Assalamualaikum wbt
Peace be upon you!

Helleww there!roughly dah 9hari 9 bulan aku tak meng'update' penulisan karangan dan essay aku ni!berpeluh-peluh buka account blog ni tadi hihi. Anyhow last entry aku adalah berkaitan ketupat palas year 2, yakni berkaitan dengan nenek tersayang aku dunia akhirat. Aminah binti Abdullah. Entry sebelum pula berkaitan dengan my lil. cute nephew, Izzul Aqeef! hihi.

Dalam masa berlalu itu juga, banyak kisah yang perlu aku berkongsi. Dari pada kegembiraan aku menunggu 2 cahaya mata baru abang& kakak aku, kami berpindah ke tempat baharu, mempunyai jiran yang baharu dan concern, aku bercuti di Singapore, pergi Universal Studio Singapore (USS), aku menjadi President persatuan di Faculty aku, aku perpeluang mewakili diri ke konvensyen pemimpin di Sarawak, menjadi peneraju pertama usrah di Faculty, Pertama kali dapat mengundi! PRU13 sehingga la aku bergraduasi tanpa kehadiran keluarga tercinta, ma jatuh sakit sehingga tak boleh bangun sendiri dan tak mampu urus diri sendiri, perlu belajar memasak untuk bagi ma makan dan menjadi seorang househusband sepanjang 8 minggu sehingga tidak pasti sampai bila, masih tidak bekerja, tidak punyai rezeki bagi peluang menjadi PTD pada tahun ini kerana gagal peperiksaan, masalah peribadi dan sebagainya.

Huhhh! letih menaip kisah hidup yang terlalu mencabar bagi aku untuk tika masa aku tidak berblogging! Menaip untuk entry ni pun terasa kekok. Anyway entry kali juga adalah sempena 1 bulan aku berada di rumah baharu. Well well saja nak habaq aku pindah rumah yang lebih cantik!haha cantik ka?kecil la tapi rezeki! Alhamdulillah keh3 reason sebab berpindah? mak pak aku dah bersara. So, ini masa untuk depa berehat like a boss di rumah yang baru atas hasil usaha depa selama lebih 25 tahun berkhidmat untuk negara. Tercinta! Amboiii!

Entry kali ni tak ada gambar. Nanti-nanti la na aku tunjuk gambar rumah, bilik aku& gambar wajah terbaru ku selepas berpuluh suntikan dikenakan pada wajah& tubuh ku! Tapi paling penting wajah ma yang semakin mengurus di atas sebab beliau sakit, but Alhamdulillah she is getting BETTER! hihi Ok la got to go. Nak off dulu. Nanti next entry akan lebih berisi dan bervisi ok! sebab nak menjadi orang berjaya perlu hidup dengan usaha dan minda yang penuh dengan ilmu dan pengalaman. Ok merapu sudah. 

Assalamualaikum wbt 
May peace be upon you :)

Saturday, August 18, 2012

Ketupat palas tahun 2

Assalamualaikum wbt
May Peace be upon You! :)
KETUPAT PALAS YEAR 2.

Tahun ni sekali lagi tahun raya yang hambar. Walaupun beraya bersama keluarga, namun aku tetap rasa akan kehilangan dan 'kosong'. Bau satay yang dibakar oleh abang-abang aku juga ku rasakan tidak lagi enak. Keseronokan sejak 2 tahun ini sangat lain, perbezaan dan kerinduan kepada Mok tercinta membuatkan aku rasa tidak dalam 'mood' beraya.

Ketupat palas juga menjadi pilihan tetap hati aku, namun semua hanya tinggal dalam kenangan. Yang dah pergi tetap akan pergi dan tidak mungkin akan kembali. Mungkin dengan perpisahan ini membawa impak yang tinggi buat aku kerana kehilangan manusia seperti Mok membuatkan aku kehilangan separuh dari jiwa aku. Aku juga mudah terasa terasing, mudah terasa 'kosong' dan mudah terasa diabaikan. Ini mungkin disebabkan arwah tak pernah berenggan dengan aku.

Raya bersama mok, malam raya adalah malam yang paling meriah kalau bersama arwah dan lokasi rumah Mak long memang familiar untuk aku sekeluarga berkumpul. Waktu-waktu macam ni la masa aku dan Mok meluangkan masa didapur dan bersungguh-sungguh untuk membungkus ketupat palas. Its amazing quality time with her. Berbuah-buah bekas besar berisi pulut terhidang menunggu masa untuk dikukus.

Malam ni juga Mok akan sibuk membuat 'ketupat dakak' dan pada masanya akan membuat pulut kuning!. Rindu.... itu yang mampu ku ungkapkan buat masa ni. Tambahan pula persiapan raya tahun ni adalah sangat simple. Baju raya pun aku tak basuh lagi dan baju untuk bersolat sunat raya pun aku belum gosok. Hambar.... itu ja yang aku mampu ucapkan masa ni dan mungkin seterusnya.

Raya kepada kami adalah masa untuk bermaaf-maafan dan tidak lupa juga susunan 10 jari kepada Mok tercinta!Mok ibarat ibu dan juga bapa aku sebab kebanyakan masa aku adalah kepunyaan dia. Kami rapat dan kehadiran dia pada hari raya pertama juga sudah memadai sekiranya aku tidak beraya bersama keluarga kerana dia adalah keluarga aku.

Pada pagi raya dan sesi bersalaman, Mok mesti akan menangis kerana mengenagkan kehidupan bersama kami. Separuh hanyat dia bersama kami. Mok tak pernah berdendam, biasalah adat duduk satu bumbung, mesti ada yang kecil hati. Namun Mok berbesar hati untuk memaafkan kami semua, dia lah insan yang berhati luhur dan sedia bersama dan menyokong kami.

Setiap kali bersalaman itu juga, aku mesti cium pipi Mok. Teringat pada zaman kecil dahulu, setiap kali ingin keluar rumah untuk ke sekolah dan bermain. 4 tempat aku akan cium Mok iaitu, dahi Mok, kedua pipi Mok dan juga mulut Mok. Keakraban itu membuatkan aku sukar untuk berpisah dengan Mok.

Tangisan demi tangisan pada malam lebaran ni aku lepaskan, bersama lepasnya kerinduan aku pada Mok. Namun dengan masa ini, hanya doa mampu aku kirimkan agar kehidupan Mok tenang disana. 3 doa aku yang sentiasa menemani Mok.

"Agar Mok dijauhkan dengan azab kubur dan azab api neraka.
Agar Mok dihimpunkan bersama orang yang solah dan malaikat memegang al-Quran.
Agar Mok dimasukkan ke dalam Syurga."

Dikesempatan ini, 'oghe' ingin mengucapkan seluas ampunan kemaafan kepada Mok yang tercinta diatas setiap kesalahan yang telah 'oghe' lakukan. Dimana sedar mahupun tidak sedar. 'Oghe' tau Mok mesti kecewa dengan 'oghe' tapi 'oghe' nok Mok tahu yang 'oghe' akan menjadi cucu yang terbaik untuk Mok sepanjang keberadaan Mok disana. Raya 'oghe' kosong dan hambar tanpa Mok. Moga Mok mendapat tempat dimata penghuni langit dan dilindungi Allah swt sentiasa.
'Oghe sayang Mok'.

Yang sentiasa mencintai mu,
Cucu mu.