Saturday, August 18, 2012

Ketupat palas tahun 2

Assalamualaikum wbt
May Peace be upon You! :)
KETUPAT PALAS YEAR 2.

Tahun ni sekali lagi tahun raya yang hambar. Walaupun beraya bersama keluarga, namun aku tetap rasa akan kehilangan dan 'kosong'. Bau satay yang dibakar oleh abang-abang aku juga ku rasakan tidak lagi enak. Keseronokan sejak 2 tahun ini sangat lain, perbezaan dan kerinduan kepada Mok tercinta membuatkan aku rasa tidak dalam 'mood' beraya.

Ketupat palas juga menjadi pilihan tetap hati aku, namun semua hanya tinggal dalam kenangan. Yang dah pergi tetap akan pergi dan tidak mungkin akan kembali. Mungkin dengan perpisahan ini membawa impak yang tinggi buat aku kerana kehilangan manusia seperti Mok membuatkan aku kehilangan separuh dari jiwa aku. Aku juga mudah terasa terasing, mudah terasa 'kosong' dan mudah terasa diabaikan. Ini mungkin disebabkan arwah tak pernah berenggan dengan aku.

Raya bersama mok, malam raya adalah malam yang paling meriah kalau bersama arwah dan lokasi rumah Mak long memang familiar untuk aku sekeluarga berkumpul. Waktu-waktu macam ni la masa aku dan Mok meluangkan masa didapur dan bersungguh-sungguh untuk membungkus ketupat palas. Its amazing quality time with her. Berbuah-buah bekas besar berisi pulut terhidang menunggu masa untuk dikukus.

Malam ni juga Mok akan sibuk membuat 'ketupat dakak' dan pada masanya akan membuat pulut kuning!. Rindu.... itu yang mampu ku ungkapkan buat masa ni. Tambahan pula persiapan raya tahun ni adalah sangat simple. Baju raya pun aku tak basuh lagi dan baju untuk bersolat sunat raya pun aku belum gosok. Hambar.... itu ja yang aku mampu ucapkan masa ni dan mungkin seterusnya.

Raya kepada kami adalah masa untuk bermaaf-maafan dan tidak lupa juga susunan 10 jari kepada Mok tercinta!Mok ibarat ibu dan juga bapa aku sebab kebanyakan masa aku adalah kepunyaan dia. Kami rapat dan kehadiran dia pada hari raya pertama juga sudah memadai sekiranya aku tidak beraya bersama keluarga kerana dia adalah keluarga aku.

Pada pagi raya dan sesi bersalaman, Mok mesti akan menangis kerana mengenagkan kehidupan bersama kami. Separuh hanyat dia bersama kami. Mok tak pernah berdendam, biasalah adat duduk satu bumbung, mesti ada yang kecil hati. Namun Mok berbesar hati untuk memaafkan kami semua, dia lah insan yang berhati luhur dan sedia bersama dan menyokong kami.

Setiap kali bersalaman itu juga, aku mesti cium pipi Mok. Teringat pada zaman kecil dahulu, setiap kali ingin keluar rumah untuk ke sekolah dan bermain. 4 tempat aku akan cium Mok iaitu, dahi Mok, kedua pipi Mok dan juga mulut Mok. Keakraban itu membuatkan aku sukar untuk berpisah dengan Mok.

Tangisan demi tangisan pada malam lebaran ni aku lepaskan, bersama lepasnya kerinduan aku pada Mok. Namun dengan masa ini, hanya doa mampu aku kirimkan agar kehidupan Mok tenang disana. 3 doa aku yang sentiasa menemani Mok.

"Agar Mok dijauhkan dengan azab kubur dan azab api neraka.
Agar Mok dihimpunkan bersama orang yang solah dan malaikat memegang al-Quran.
Agar Mok dimasukkan ke dalam Syurga."

Dikesempatan ini, 'oghe' ingin mengucapkan seluas ampunan kemaafan kepada Mok yang tercinta diatas setiap kesalahan yang telah 'oghe' lakukan. Dimana sedar mahupun tidak sedar. 'Oghe' tau Mok mesti kecewa dengan 'oghe' tapi 'oghe' nok Mok tahu yang 'oghe' akan menjadi cucu yang terbaik untuk Mok sepanjang keberadaan Mok disana. Raya 'oghe' kosong dan hambar tanpa Mok. Moga Mok mendapat tempat dimata penghuni langit dan dilindungi Allah swt sentiasa.
'Oghe sayang Mok'.

Yang sentiasa mencintai mu,
Cucu mu.