Sunday, October 30, 2011

Tersenyum dalam pelukan ku :')

Fantasi, 
tetapi malam itu berlaku seakan-akan realiti, :')
seaandainya ianya benar-benar terjadi, 
maka aku lah yang paling bertuah dimuka bumi tuhan ini :') 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Seperti kebiasaan ak dikampung, ak akan bersama dengan saudara ak untuk berbual dan bergurau ..
Tetapi tadi ak berebut sesuatu dengan anak saudara ak, dan seperti biasa juga lah ak sebagai pemula yang suka menyakat mereka hehe~ bukan untuk cari pasal tetapi untuk bergurau dan membuatkan kami lebih mesra .. 
Sebagai rutin harian, Mok akan sentiasa berjemaah di surau dihadapan rumah maklong ak dan akan menyapa kami selepas pulang dari surau dan ak lah orang yang paling gembira kerana ak suka bermanja dengan Mok ..
Kalu bab makan tu, memang ak suka gila bila Mok masak hehe~ .. Tapi mok balik tyme ak tengah menyakat anak saudara ak hehe~ apa lagi kan, Mok memang pantang sikit tengok orang berkelahi ;) dan ak lah yang selalu kena marah sebab ak jugak la pemula yang suka berkelahi dengan kakak ak :p sbb ak suka tengok kakak ak marah dan bila dier dh marah, dier mula la buka langkah silat gayong yang dia belajar sehingga mendapat tali pinggang merah huhu~ mmg kakak ak tu hebat, tapi ak pon hebat juga .. taekwando GTF blue belt haha~ tu ja yang ak mampu, peringkat yang sangat lemah bagi seorang lelaki ;) tapi cukup gagah untuk melawan kakak ak y lasak tu ;)
Oleh sebab itu, nampak ja ak berkelahi dengan anak saudara ak tu .. Teros serangan demi serangan bebelan masok dalam telinga ak hehe~ ak dah biasa so ak senyum-senyum ja kat Mok, sebab ak tau kalau nak Mok stop marah, kita kene manja-manja dengan dier ;) Tu la teknik yang melembutkan hati Mok, kalau nak senang, p kat Mok pastu cium pipi dier lama-lama ;)
Tapi malangnya anak saudara ak nie pulak menjawab huhu~ apa lagi, ak memang x suka kalau orang x sopan dengan orang y ak sayang. So apa lagi, ak pon tegur anak saudara ak ..

"Mu kalau nak kurang ajar dengan orang lain boleh, tapi bukan dengan Mok"

dan ak ulang sebanyak 2 kali ..
Tapi anak saudara ak menjawab, dier kata ..

"Bila masa oghe kurang ajar?"

Ak tau yang dier x sengaja, hehe~ biasa la budak-budak, kalau kita x tegur, dier akan terus lakukan kesalahan y sama kerana bagi dier, benda tu adalah biasa selagi tiada orang tegur dan beritahu y perbuatan itu adalah salah ;)
Lepas habis tegur, Mok pon pergi ke dapor .. Sebab Mok nak pergi ke toilet untuk buang air kecil (dalam angapan ak), ak memerhatikan Mok dan tiba-tiba perasaan sayup menerpa ak .. Ak rasakan sesuatu dalam pemergian Mok, ak endahkan, tetapi masih memerhatikan Mok ..
Mok turun tangga untuk masuk kedalam tandas, masa turun tu, mok macam nk terduduk .. Ak mula panik ak berlari kearah Mok sebab nampak Mok macam dah x balance ..
Sebelom Mok rebah, ak sempat sambut tubuh Mok dan ak dakap erat-erat .. 

Ak dapat merasakan sesuatu, sesuatu yang ak akan hilang buat selamanya dan ianya tidak akan mampu memberi gantian ..
 
SubhanAllah perasaan tu seperti ak pernah rasakan dahulu, perasaan kehilangan seseorang y ak paling sayang ;(
Ak terus menangis sekuat hati ak, ak tau masa Mok sudah sampai tapi ........................

Mok, jangan tinggalkan oghe! :'(

Dalam dakapan tu, Mok sempat memandang ke arah ak, Mok seolah-olah tersenyum gembira dan menjadi tanda tanya bagi ak, kenapa Mok tersenyum? Mok suka ka tinggalkan oghe? :'(((
Ak mula cemas dan merasakan tubuh Mok sudah menjadi sekujur tubuh dan mulai longlai tapi masih ak dakap erat-erat, hanya tuhan sahaja y tahu keadaan pada masa itu .. Betapa ak pilu dan sehingga sekarang ak masih mampu mengambarkan manisnya senyum Mok kepada ak, senyuman yang penuh ketenangan dan seakan-akan berterima kasih diatas segala y telah ak lakukan :'(((

Mok, jangan tinggalkan oghe! :'(

Tetapi dalam kepiluan tu, ak x mampu untuk mengalirkan air mata kesedihan kerana seolah-olah tertahan dengan senyuman kegembiraan Mok tu :'((( namun ak pasrah dan terima dan terus mendakap tubuh y telah membesarkan ak dengan memberi contoh hidup sebagai seorang Islam yang sebenar. 
Setelah ku amati, dan meraung dengan pemergian itu, ak mulai terjaga dari tidur ku dan merasakan kehadiran Mok dalam kehidupan realiti ku ..
Seandainya senyuman y Mok berikan itu adalah senyuman kegembiraan Mok terhadap hadiah bacaan Yaasin y ak sedekahkan setiap kali ak solat maghrib, maka ak berpuas hati dan bersyukur kepada Illahi ..
dan sekiranya tangisan y tertahan oleh senyuman Mok didalam mimpi ak itu adalah untuk ak tidak lagi bersedih, maka akan ku buang rasa sedih itu dan mengamati memori bahagia yang tercipta antara kita :')
Mok, oghe nak Mok tahu y oghe akan sentiasa mengingati dan menyayangi Mok walaupon kehadiran Mok tidak kelihatan didunia nyata ini :') Mok akan menjadi org y paling membahagiakan dalam diri oghe :')

Pergi mu tanpa ku duga, hadir mu membuahkan rasa dan menghilangkan duka! :')

Thursday, August 25, 2011

Cinta ketupat palas & ketupat dakak :'(

Assalamualaikum wbt :'(
hmm~ Alhamdulillah hari nie dh masok Ramadhan y ke 26 dh kn, sekejap ja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, dh bersediakah kita untuk ditinggalkan?
"berapakah amalan y kita dh pulon?
berapakah 'Solat Malam' y kita dh 'qiam'kan?
berapakah juzu' dlm Al-Quran y kita dh habis baca?"
Umm~ bila dh makin2 akhir Ramadhan nie makin ramai la y bz ngn kemeriahan raya kn, y muda dok sibok ngn posting status "Nk cari baju raya la hari nie" *mood: tgh bodek mak .. *sigh
y tua pula dok sibok dgn, "Jah!bape puloh balang kueh raya ko tok tahon nie?, langsir ko tukar ka?" "meriah la ko Jah kn?" .. tp mari kita lihat pula perbandingan dengan mereka2 y soleh ..

"Ya Allah, Ramadhan makin hampir melabuhkan tirainya .. Lailatul Qard hampir sahaja muncul waktunya, adakah pengharapan ak menerima dan menjadi salah seorang y merasai nikmat teragung Mu itu?nikmat hari y lebih hebat dari seribu bulan?. Ya Allah, masihkah ada waktu untuk ak merasai Ramadhan Mu untuk kali y seterusnya?adakah ad ruang 'Rahmat, Pengampunan serta Janji perlepasan dari azab api neraka' untuk ak buat kali y seterusnya?ku mohon kepada Mu Ya Allah, kurniakanlah Malam Lailatul Qadr serta Ramadhan y seterusnya untuk ak dlm mentarbiyah jiwa dan merasai lazatnya dalam melakukan ibadah :')"

Namun kita pada hari ini masih lagi dbelenggu dgn kehadiran Syawal y perlu dirai dgn 'Kebesaran Hati!bukan Kebesaran Dunia' kerana Syawal adalah bulan kita meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu y kian gelora dlm menuntut hak sebagai manusia y kerdil dan hina :'( Subhanallah!.

Namum seperti insan lain, ak juga menantikan Syawal tapi dengan penuh besederhana.. Namun kemeriahan Syawal kali nie amat pudar ak rasai dgn tanpa kehadiran Insan y paling ak cintai, yakni Allahyarhamah Aminah binti Abdullah (Arwah nenda) .. moga Mok di tempatkn dgn mereka y soleh :'( .. sebenarnya dh lama ak nk buat tribute tntg Mok, tp ak x tahan sebak :'( seorang insan y membanting tulang 4 kerat sebagai ibu tunggal untuk menyara anak2nya bersekolah dan menjadi nenek merangkap 'Ibu' pertama ku sebagai seorang babysitter ku :'( tp kian hari demi hari ak merasakn bahawa nenek ak to la sbagai Ibu ku kerana lebih masa kami luangkan bersama :'( kami sekeluarga mmg sgt rapat dgn Mok! :'(((

Mok penah cakap, "Along dulu tiyok tanyo mok, yea mok nie mok dio ko" ..
ak tao y Along ak sangat rapat ngn Mok cz setiap kali Mok balik ke kg di Kota Bharu Kelantan, mesti Mok mesti bawak along .. Mok kata "Along dulu tok se nge orang laen, dok dege Mok jah, kalu gi kak ore laen mesti tiyok". ak ingat lagi ayat Mok sebab kami selalu borak malam2 before tido :'( ak selalu kacau Mok bila Mok nk tido sebab ak syg kt Mok!, tapi sekarang bila Mok xda, ak xtao nk borak ngn sapa sebab mak ngn ayah ak tido awal, letih seharian bekerja :'( ak faham keadaan dorunk, tapi sapa paham keadaan ak?xda .....

Kalau time2 mcm nie waktu kecik dulu ak mesti ikot Mok pergi sambot Ramadhan kt umah Maklong &makcik ak, ak jarang berpuasa dirumah sendiri melainkan xda cuti persekolahan y panjang. ak rindu kt Mok! then sepanjang Ramadhan kami kt kg & ak akan stay kt kg sampai raya .. adik beradik ak ad jgk y tanya, "Mu salam sapa lepas solat raya?". ak cm x kesah pon sebab ak ad Mok :"( Mok bagi ak dh macam Ibu merangkap bapa kepada ak .. Time kecik2 jgk ak selalu tunggu Mok solat, & seperti kebiasaan Mok akan wirid panjang dan time to jgk la ak letak kepala atas riba Mok sampai tertido, ak tao Mok lenguh, tp Mok x pernah merungut!to la sebab ak paling sayang Mok! "Mok, napa Mok pergi dulu?". 

Ak selalu cakap kt Mok, "Mok nati oghe doh besar nati, oghe nok jago Mok deh. Mok dudok nge oghe deh, tok soh dudok nge oghe laen sebab oghe nk jago Mok!". ak cakap cm to sebab ak tao ramai y nk jaga Mok, tp ...... "Mok, napa Mok pergi dulu?". Setiap raya jugak la hari penantian kami 1 keluarga besar (keluarga mak long&makcik ak&keluarga ak) kami akan paling tunggu 'Ketupat Palas&Tapai' y Mok buat! :'((( Mok memang sgt hebat buat ketupat palas!tapi ak selalu simpan dulu xnk makan sbb nk bawak balik rumah, nanti rindu kt Mok baru makan :'(((  ..& setiap kali buat ketupat to jugak la ak dgn abg cik ak tny, "Mok, Mok buak tok tupak manih?' pastu Mok mesti beri jawapan y buat kami berdua senyum!.. "Ado mok buak, Mok tao ika nge iwe suka tupak manih"& special tok ktrunk berdua, Mok buat 'Ketupat dakak'. kita punya la happy, mmg makan smpai habis! :'(( to la Mok, suka buat cucu2 dier bahagia. 

Bila dh siap ketupat to, Mok bahagikan kepada 3 tok bagi kt anak2 dier .. Mok akan bagi 1 kt keluarga mok long,1 keluarga cik&1 keluarga ak :'((( "Mok, napa Mok pergi dulu?". Tapi, sekarang nie sume to tinggal kenangan, pada 10 June 2011 lalu, Mok tinggalkan ktrunk buat selama-lamanya :"((( kenangan ketupat palas dan kemeriahan raya pon Mok bawak sekali ke Sana :"((( mmg semua keluarga besar kami terasa dgn pemergian Mok tok Syawal kali nie :'((( tangisan kerinduan mesti akan mengalir tok Syawal kali nie .. ak sedih tengok Ma, dier kata raya tahun nie dier sgt sedih&xnk dengar lagu raya pon!ak faham sgt Ma, walaupon dier wanita paling tabah ak pernah jumpa namun dier tewas dgn air mata mngenangkan pemergian arwah nenda ak nie sebab dier anak bongsu macam ak&rapat dgn Mok :'((( Ma kata lagi, bila kt office berdendang lagu raya ja dier mesti cepat2 p kt radio&tutop :'((( ak dapat rasa kesedihan dier y kini bergelar sbagai 'Anak yatim piatu', ibu tempat dier berteduh telah pergi dipanggil Illahi .. "Mok, napa Mok pergi dulu?".

Time Mok meninggal dulu pon Abah jugak la menantu Mok y paling sedih sbb Abah sgt syg kt Mok&Abah paling suka berborak&dgr cerita Mok :') Abah memang menantu y baek :')) Masa Mok pergi to, Abah bnyk kali menangis, kt dalam van jenazah lagi Abah teresak2 menangis sbb dengar sampai ke depan sore Abah.. After Mok dh ditanamkan pon Abah still nanges& sampai balik rumah sini pon Abah kerap nanges sebab terkenangkan Mak mertua y dier paling cintai itu, pastu Abah kerap kali dok bersolat dan beristighfar kt dalam bilik Mok& kt Sejadah y Mok selalu gune tok solat. "Mok, napa Mok pergi dulu?". Setiap kali berbuka ja, Abah mesti lead d'oa berbuka&dlm d'oa to mesti Abah selitkan d'oa untuk Mok. Abah d'oa supaya Mok ditempatkan bersama-sama orang yang soleh :') Abah memang sayang mok, tapi .. "Mok, napa Mok pergi dulu?".
Namun kami Redha atas pemergian Mok :'( sempena Ramadhan pertama tanpa Mok nie, kami mend'oakan y terbaik untuk kesihatan &kegembiraan Mok di sana sebab kami sentiasa mnghadiahkan bacaan Yasiin kt Mok setiap kali lepas solat Maghrib sehingga semampu kami :'))) moga Roh Mok tenang diSana&moga dihimpunkan bersama orang2 y soleh :") Ameen~ ..

Kenangan bersama Mok dimajlis pernikahan Along. *Mok dok sebelah Maklong :')

Itulah 'Cinta ketupat palas & ketupat dakak'
LOVE MOK
FROM IKA! :')

*Mok = Panggilan kami 1 keluarga besar kepada nenda ak (org kelantan)
*Ma =Panggilan kami kepada ibu kami (org kelantan)

Monday, August 15, 2011

Saya sayang sangat kamu ;)


 

Salam hey, apa khabar semua. Umm~ entry kali ni aku nak cakap tentang insan yang paling kita sayang. Mesti anda2 semua ada seseorang yang bertahta dalam hati anda buat masa ni kan sebab nilai kasih sayang tu memang dah disemai oleh Allah swt kedalam hati hamba-hambanya dan keperluan menyanyangi seseorang itu juga adalah fitrah setiap manusia. Tapi persoalannya adalah, kepada siapa kasih sayang itu berhak diberikan atau kata lainnya adalah, siapa mereka yang berhak merasai kasih sayang itu. Nabi Muhammad saw ada bersabda, “Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi seseorang  yang lain”. 

So, kita boleh tengok betapa besarnya nilai sebuah kasih sayang dalam Islam dan saranan itu seolah2 mewajibkan setiap kita ni menebarkan rasa kasih dan sayang kepada sesama insan. Berbalik pada apa yang aku jelaskan tadi la kn, kepada siapa dan siapakah yang berhak menerima serta merasai kasih sayang kita itu. Yang paling jelas menurut Islam adalah, kita seharusnya memberi rasa kasih dan sayang itu kepada mereka yang halal bagi kita. Umm~ mesti ada yang bertanya, maksudnya hanya kepada keluarga kita sahaja ka?kepada kawan2, ‘teman istimewa’ tu kiranya x boleh la er?. 

Umm~ maçam yang aku cakapkan tadi, jangan ‘limit’kan kasih sayang anda kepada ‘siapa’ tapi maksimumkan kasih sayang anda kepada ‘siapa’ yang halal. So, maksudnya disini jika ada halal maka adalah haramnya kan? yup memang ada yang haramnya. Dan yang haram itu adalah kasih sayang yang menjerumus kepada kemaksiatan. So, sekiranya kita mencintai seseorang dengan niat menyayangi dia seumur hidup kita, silakan tp biarlah diluahkan perasaan dan rasa kehangatan cinta itu dengan cara yang sebenar dan yang telah dituntut dalam Islam yakni dengan cara pernikahan amboi bila cakap ja pasai nikah senyum lebaq hampa na huhu~ ..

Manakala kepada sahabat juga boleh, kerana nilai-nilai atau sifat mahmudah itu juga telah meletakkan kasih sayang itu sebagai suatu yang mampu menegakkan keutuhan serta perpaduan sesebuah masyarakat umumnya dan dalam persahabatan khasnya oleh itu, sayangi sahabat-sahabat anda seperti mana anda menyayangi diri anda. Dan tips untuk menzahirkan rasa cinta kepada sahabat anda adalah dengan sentiasa mendoakan yang terbaik (dunia akhirat) kepada mereka. Bunyi maçam ‘alaaa~ depa bukan tau pun yang ak doa kat depa, sia2 ja la doa ak kt depa’ ish3 jangan la kata lagu tu, depa akan tau di ‘Hari Kemudian” betol tak?


Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,
bukan pada manisnya ucapan dibibir,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.
IMAM AL-GHAZALI.

Sebab pada hari kemudian yakni di Padang Mahsyar, setiap perbuatan kita itu akan dipaparkan kepada umum haha~ siap la masa tu, mak ayah ampa suma tau yang ampa kutuk depa kat belakang2, cikgu kita pun tau siapa yang pi calaq keta depa, pakcik depan rumah ampa pun tau sapa yang curi rambutan rumah depa huhu~. So, jelas lah disini bahawa nilai ikhlas juga perlu diselitkan dan dipupuk indah dalam sebuah persahabatan itu kalau kita nak kawan semata2 nak perabih pastu nak pergunakan dia ja memang tak tahan lama la jalinan persahabatan tu sebab suatu yang kawan kita miliki itu adalah bersifat sementara dan tidak kekal (sama ja la sementara dan tidak kekal to) Hehe~ . Saja nak panjang kn entry aku kali nie hehe~.  

Oleh yang demikian, aku harap entry kali ni buatkan kita semua memberi serta menerima kasih sayang hanya dari yang halal dan melayangkan kasih sayang anda kepada sesiapa sahaja dengan nilai yang berpatutan  baru la anda itu kelihatan ‘Mahal’ dan sememangnya ‘Mahal’.
Wassalam :)

Thursday, July 14, 2011

Floria Putrajaya 2011

Assalamualaikum wbt :)
"Nabi Muhammad saw menyukai 'faghiyah' dalam hadith riwayat Ahmad, Anas r.a mengatakan bahawa Rasulullah menyukai faghiyah. Faghiyah adalah bererti bunga, yakni bunga yang berbau harum."
haa~ pe la plak kn entry pakcik Haikal kali nie :) huhu~ xda pa, just nk cakap tentang!!!!
tadaaaaaa~ 
Pesta floria putrajaya 2011
 haa~ nie la sbnrnya y ak nk gtao kah3 .. pesta nie akn telah pon bermula pada 8-16 Syaaban 1432 hijri (10th July hingga 18th July 2011) di 'Waterfront of Precinct 2, Putrajaya'. nie la sket photo y ak mmpu snap kui3 .. tp cm biasa la kn x sharp gune phone ja lalala~ nnt sapa2 nk hadiahkan ak camera amatlah dialu2kn :)

cantiknya! SubhanALLAH :)

aperww lg, offer to! hehe~ ;)
 btw pesta nie bnyk aktiviti2 menarik!sesuai tok anda sekeluarga :) bkn to ja, setiap malam la kot ak rasa akn diadakan persembahan bunga api! :) menarik kn .. beruntung la sapa2 y dok apertment tingkat tinggi2 to huhu~ cz umah ak xdpt la plak nmpk bunga api to huhu~ .. setakat dengar ja lorr~ kui3 .. sedeyh ak ..
kempunan melihat keh3 tp ak sure meriah ca ak p tyme working hour pon ramai org, press pon ramai jgk tyme to, blogger, photoghraper, tourist :) SubhanALLAH
kt laman nie ad buat jualan y bmotifkan bunga! :)

Calighrapy Islam! :) umur bawah ak kot y buat nie, bangga ak ngn dier ..

nie la bdk nyerww :)

floria streetttttt!!!~ huhu ;)

SubhanALLAH :)

flowers with bee! ;)

flowers wth bees! ;)

cantikkn :) landskap dier! :)

flowers! ;) cantik! SubhanALLAH
so perww lg kn .. ramai2 la p pesta bunga to k :) kita ikot sunnah nabi yakni menyukai bunga y harum! :) 
btw pesta bunga nie berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) so bler dh dengar azan to kita p la solat dlu k :) kang terlepas plak waktu solat nnt bahana dek kelalain kte melihat ciptaan Allah swt :) to ja kot buat masa nie, tq for reading! ;)
Wassalam

kg owhhh~ kg :)

Assalamualaikum wbt :)
sehat ka sumeeee?~ harap2 gitteww la kn hendaknya hehe~ ..
umm~ btw entry kali nie ak nk citer sal kepulangan ku ke kg huhu~ mmg besh la blek kg!btw if korunk nk tao, kg ak adalah kt kelantan .. umm~ bertempat di Kg Surau Pendek, Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan :)
haaa~ mmg la aman cz umah maklong ak ngn makcik ak to dekat sgt ngn surau!hehe~ besh!cz suboh to terkejot sbb dgr azan hehe~ pastu ttibe gelap ja pemandangan ak ..
nk tao kenapa?haa~ aperww lg kn sbb terlelap semula la kui3 .. pastu mak long ak akn kejot ktrunk &sepupu2 ak y laen tok solat suboh :) tq mak long!tp selalu nya arwah nenek ak y kejot! :'( (timo kaseh mok!, oghe saye sangak ko mok!) :'( nnt ak akn buat 1 entry khas tribute to my mok! :'( love u!
btw ak balik kg pada hari kames lepas!huhu~ cm la ktrunk tao bler kames to kn kui3 .. ak blek pada 5-8 Syaaban 1432h (7th~10th July 2011) hari to :) sgt la besh ok cz selama 4 hari to, ak dpt la memberi manfaat kepada masa2 ak dgn mgisi ruang2 terluang dgn buat benda2 y bmanafaat :) tq Allah! :)
ok balik ja hari kames to kami semua berehat2 kt umah mak long tersayang huhu~ .. pastu harus la ak kne melayan kerenah kanak-kanak y mulia nie :) besh layan depa cz sume baek2 even kadang2 to ak naek hangin jgk la dsebabkan kenakalan mereka huhu~ .. rasa nak sekeh2 ja huhu~ ..
so ak y suke dok melayan nie tros la mgajat anak sedara ak nie mngeja dan membaca huhu~ ..
cz ak pon sbnarnya nk jadi cekgu sambilan tyme cuty nie tp x berkesempatan cz ad hal y perlu diselesaikan :)
xda rezeki kot kali nie :) tp nnt ak try jgk tok jadi cikgu cz nk mgajar anak bangsa&paling penting nak mcurahkan ilmu y ad kepada pemuda2 muslim y bakal memerintah negara 1 hari nnt :)
after that, keesokan hari nya ak sgt la suka cz ak p join pakcik ak (pok sik) p Kota Bharu tok dgr ceramah tok guru kt depan hotel ansar .. tp tyme to tok guru tak da, dier p umrah .. so ad la pengganti nya :)
tp ak bsyukur la cz y penting nya adalah pgisian to mmpu serap dan ak laksanakan :)
so ak hidangkan la bberapa gambar y ak snap tyme ceramah to :) sgt la ramai y dtg :)
sbb to la Kelantan dikatakan 'BANDARAYA ISLAM'! :) Alhamdulillah :) ak turut berbangga hehe~ ..
atleast ad jgk negeri y memartabatkan Islam secara mnyeluruh :) 
GOOD JOB!

nie adalah sesi Ustaz Basiq :) dier citer sal kemustajaban Do'a; situasi org y bdoa dan dterima dan org y bdoa tp tidak dterima .. sume to adalah datang dari kita .. sbb Allah swt beri pada hambaNya y Yakin dan hambaNya y Soleh! :)

see .. ramai gler~ ak p pon sesak kot .. seb baek pak cik ak to mmg gerak awal huhu~ .. kol 715 pagi to kami dh gerak p Kota Baharu dlm kol 725 pagi to smpai then p sarapan jp :) Sunnah nabi k sarapan .. so kita sume y kurang bsarapan to, sila la amek walau sedikit sarapan to :) ad fadhilat dlm setiap apa y Nabi kita saran to :)

x kira tua atau muda :) sume ad kt snie, xyah la nk buat progrm y mega2, juz attend ceramah ja tros dapat rapatkan ukhwah! :) siyes ak x tipu cz rata2 kwn pak cik ak to sume kenal kt snie :) makan sarapan then tros p dgr ceramah sama2 :) ukhwah boleh terjalin dmana2, tp la Rahmat Allah swt! :) SubhanALLAH ..

nie view dari atas pentas .. cz ak dok kt atas pentas bersama2 panceramah :)

kemah pon xdpt menampung populasi y dtg!padahal kemah to dh bnyk kot .. betapa berkobar2nya rakyat kelantan tok mcari ilmu agama :) btw ceramah nie x hanya dhadiri oleh org Islam ja&bkn jugak hn dari orang kelantan ja .. namun org china pon mai (non-muslim) dan orang y dari peneng pon mai berbondong-bondong naek bus!SubhanALLAH!Rahmat Allah swt terbang melayang ke serata tempat :)

ramai kn :) kt atas tar pon orang duduk! :) semangat nie la y kita cari tok menaikkan semula Islam! :)
mmg menjadi kebiasaan ceramah kt snie, kami akn dhidangkan 2 ceramah :) sesi 1 dari jam 830 pagi ke 930 pagi then dsambung sesi ke 2 pada jam 930 pagi ke 1030 pagi :) sgt la besh kot ..
ceramah sesi 1 tadi disampaikan oleh ustaz Basiq then y sesi 2 oleh ustaz Za :) 
hmm~ cm kenal ja ustaz Za nie huhu~ ..
then my doubt tros tjawab bler pak cik ak gtao y dier to
ustaz Za, beliau nie selalu bagi ceramah kt dalam IKIM.FM hehe~ patot la ak cm cam ja ustaz to :)
btw ustaz Za citer sal pemimpin :) 
dan ak kata2 ustaz Za :)
'Subhanallah hu nikmal wakil'
Allah swt sebaik-baik penjaga aku'.
lepas balik ja tros pak cik ak p kt gerai 1 nie, mmg favret kami la huhu~ .. gerai yogurt!huhu~ ..
sedap kot air yogurt to, air yogurt to dkatakan dari Makkah :)
dan telah diusahakan oleh anak tuan gerai y mge'post' air yogurt to ke Malaysia :)

nie la air yogurt to! :) sedap ooo~ .. then ak simpan sket tok bagi mak ak rasa hehe~ .. seronok mak ak bler ak kata dari tanah suci Makkah :)
then kami tros balik ke rumah :)
tolong2 aperww y patot cz after solat jumaat nnt kami ad Majlis tahlil tok arwah nenek ak :'( sedeyh ja ....
ok, nie la gmbar y ak sempat snap :'( bz sket tyme nie ..

Alhamdulillah!sgt ramai jemaah y datang tok majlis tahlil nie :') moga arwah sentiasa diberkati :')
actually majlis nie kami panggil orang2 masjid tok datang mengaji .. nie adalah kira cm kemuncak la tok majlis tahlil .. mereka2 akan mmbaca 30 juzu' Al-Quran :') bahagia arwah, Alhmdulillah ..
tok mmbalas jasa arwah y x terhingga terhadap ak :') ak pon turut join mengaji to, ak baca bahagian juzu' ke-18 :') lepas baca ak tros p makan hehe~ tyme to mmg dh hbs la makanan ..
mmg sgt ramai y mai tok majlis tahlil to :) seperti kebiasaan la kn, arwah baik&ramah orang nya :) anak pinak sedara mara sume mai pada hari to :) Alhamdulillah .. lauk pauk sume habis hehe! licin kot .. mak long ak&sepupu ak pon x sempat nk makan, tp xpa .. tetamu ddahulukan :) barakah dan rezeki to ad kt mana2 ja tok hambaNya y soleh&solehah :) cume Yakin ja to y penting! :)
after that hari sbtu kami sume dok bersama2 then mak long pak long ngn parent ak p melawan waris kami y koma .. Alhamdulilah jgk waris kami to dapat bercakap tyme dorunk melawat to :)
pastu ak p melawat arwah nenek ak kt kubur then bersihkan daun2 y gugur :) cantik sgt tmpat arwah nenek :) pokok y kami tanam tyme perkebumian to hidup elok ja keluarkan pucuk y sehat! :) Rahmat Allah swr kepada hambaNya y soleh! Amenn~ :)
keesokannya kami sume dh kne pulang ke Putrajaya :') sedeyh sgt tp nk buat cm na kn ..
ad urusan lagi kami kt umah nie hehe~ ..
tp pagi to ak siap2 ngn mak long ak p cantikkan lagi kubur arwah nenek ak :) kami tambah pasir dan batu2 kecik :) oghe ngaja ghoyak, batu2 to akn berzikir :) moga2 arwah mendapat manfaat :) kami akn buat y terbaek untuk mok deh :'))) sbb kami sumo saye ko mok! :')))
pok sik ngn mok long pesan supaya ak selalu sedekah yaasin kt arwah nenek! :') jgn risau .. setiap kali lepas solat maghrib ak akn sedekah yaasin kt mok! :'))) sedeyhhh~ ..
pok sik ngn mok long pon ad cakap y kubur mok to subur, pokok hidop elok ja kt atas kubur mok then siap ad tumbuh pucuk lagi :) hijau ja :)
Alhamdulillah, hadiah Allah swt kepada hambaNya y soleh, cm mok! :) nnt ak akn kenalkan arwah pada korunk k :)
then kami bergerak pulang ke Putrajaya, tp sbelom to kami singgah umah mak cik ak :) mak cik ak bagi pulot inti!sedap sgt!!!!!huhu~ .. then makan nasik goreng dier y ak sgt3 rindu to!!!!! :) then kami gerak ke Kota Bharu tok beli bekal kt gerai fevret kami sekeluarga :) hehe~ kami p berhenti makan kt R&R Gua Musang tok makan :)

sampai senget2 ayah ak makan huhu~ sedap sgt3!!!! :) murah ja pulak to .. RM4.00 ja tok yam y besau&nasik y berlambak2 :) Alhamdulillah ..
then kami singgah solat kt R&R Gua musang& solat maghrib Masjid kt Raub :) tmpat y kami selalu singgah hehe~ cantik kot masjid to&mmg ramai musafir y singgah solat kt situ :) pada jam 9.somthing kot sampai la kami kt rumah dengan selamatnya dan berakhir la kisah ak sebagai musafir dari Kelantan :) Alhmdulillah ..

Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA HASSAN IMAM MUDA UNGGUL.

Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah setelah 9 minggu bersiaran di Astro Oasis 106, maka terjawablah segala teka-teki yang bermain dalam fikiran semua penonton setia program IMAM MUDA MUSIM KE-2. 
Segala penat lelah juga kini terbalas dengan sebuah kejayaan serta rangkulan kemenangan oleh setiap IMAM MUDA. 
Pada tanggal 1 Julai 2011 bersamaan 30 Rejab 1432 hijri seorang IMAM MUDA  telah dinobatkan sebagai IMAM MUDA UNGGUL selaku juara IMAM MUDA MUSIM KE-2.
Dalam ramai-ramai yang bersinar, kilaun seorang juara telah lama dijangka untuk merungguli gelaran tersebut.
TAHNIAH diucapkan kepada IM HASSAN kerana telah berjaya digelar IMAM MUDA UNGGUL dalam program IMAM MUDA MUSIM KE-2 ini.

Peserta IMAM MUDA MUSIM KE-2
IM HASSAN  telah bersaing secara sihat bersama IM NAZRUL serta mereka telah berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sehinggakan telah membawa mereka ke peringkat final IMAM MUDA MUSIM KE-2.
 Para finale telah diuji serta dinilai dengan beberapa peringkat nilaian semasa di peringkat akhir ini, dimana;

  1.  Mereka dinilai melalui ujian bertulis dan pemarkahan sebanyak 50%
  2. Mereka juga dinilai melalui aktiviti mereka semasa dikampung halaman selama 3-4 hari dan pemarkahan sebanyak 20%
  3. Mereka juga dinilai melalui Tazkirah, Hafazan serta Hujah semasa dipentas IMAM MUDA MUSIM KE-2 yang terakhir; yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pemarkahan sebanyak 30%

Wajah finalist IMAM MUDA MUSIM KE-2
IM Nazrul bersama IM Hassan
 

 
 

 

 

 

 
Setelah sepanjang 1 jam 30 min bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) keputusan akhir Juara IMAM MUDA MUSIM KE-2 telah diumumkan oleh Mudir Al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz. Dengan tepukan yang gemuruh serta ucapan Alhmdulillah, ia menandakan rasa syukur kepada Allah swt kerana IM HASSAN telah dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA MUSIM KE-2.
IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE-2
 
Air mata kesyukuran tampak terlihat dari wajah beliau diatas penganugerahan serta berkat usaha serta doa oleh para peminat, sahabat dan yang paling penting adalah berkat doa dari seorang ibu yang melahirkan. Tahniah diucapkan kepada IM HASSAN diatas rangkulan gelaran IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE-2.

IM HASSAN JUARA IMAM MUDA MUSIM KE-2
Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada fan page PENYOKONG IMAM MUDA HASSAN kerana sentiasa memberi informasi-informasi yang terkini serta sokongan yang tidak putus-putus keatas IM HASSAN.
TAHNIAH JUGA KEPADA IMAM MUDA NAZRUL DIATAS KEJAYAAN ANDA DAN BERKAT USAHA KALIAN TELAH MEMBUAHAKAN HASIL YANG BAIK, ALHAMDULILLAH.
IM HASSAN BERSAMA IM NAZRUL SEBAGAI FINALIST IM MUSIM KE-2
Sememangnya anda berdua adalah IMAM MUDA UNGGUL dan tidak lupa juga kepada IM yang lain, perjalanan hidup kita masih panjang, teruskan dakwah Islami supaya Islam kekal segar diminda dan yang paling penting dihati para mukmin.
Anda adalah IKON REMAJA ISLAM!teruskan usaha dan mantapkan IMAN. Kerana yang membezakan seseorang itu disisi Allah swt adalah Taqwa. Mabruk!
Wassalam :)

Saturday, June 25, 2011

'Program Qiamullail Perdana' bersama Peserta Imam Muda Musim ke-2.


Assalamualaikum wbt :)
sehat sume ??umm~ mcm mana IMAN anda pada hari nie ??bertambah ka berkurang ??harap2 sume nyerww bertambah la kn :)
so hari nie ak nk ckp sal program yang ak attend pagi semalam yakni pada 24-25hb june 2011 nie :)
ok semalam, di Masjid Wilayah jalan ibadah telah berlangsungnya 'Program Qiamullail Perdana Bersama Peserta Imam Muda Musim Yang Ke-2' sgt la meriah progrm yang mulia to ;) Alhmdulillah ianya mmpu menarik minat ramai generasi veteran dan yang paling penting menarik perhatian ramai generasi muda nie untuk mengimarahkan lagi 'Program Qiamullail' nie :) kita boleyh lihat saf bahagian muslimin semalam dalam 4-5 saf penoh, Alhmdulillah :) mudir Imam Muda, al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz ad merakamkn rasa bersyukur diatas kehadiran para jemaah ke 'Program Qiamullail perdana Bersama Imam Muda' nie :)
dalam firman Allah swt, yang lebeyh kurang bunyinya bergini: 
'Bahawasanya Allah swt akan menolong mereka yang menolong sesuatu dijalan Allah swt' :)
maka kita lihat disini terbukti bahawa Allah swt itu tidak pernah memungkiri janjinya :)
sekiranya itu yang dijanjikan maka itu la y tertunai :) SubhanALLAH; Maha suci Allah tuhan sekalian alam ..
so ak nk perkenalkan terdahaulu peserta2 Imam Muda musim ke-2 nie :) 
mereka bukan calang2 orang, Alhmdulillah dari background Agama yang mantap ;) sume to pemberian dari Allah swt hadiah kepada hambaNya yang soleh :)
ok chck this out! :)

gambar2 peserta Imam Muda musim ke-2 :) sejuk hati tgk depa nie ..

secara mutlaknya, Islam itu professional :)

Imam muda; IM Fattah, IM Nasrul, IM Najdi
 Dalam bnyk2 Imam Muda dalam musim ke-2 nie; IM Mujahid dan IM Najdi nie la y paling muda .. malu ak ble berhadapan dengan beliau :) terasa ilmu agama kita nie rendah ja berbanding beliau dengan umur sebergitu rupa telah mampu terpilih sebagai peserta Imam muda .. btw congrates k IM Najdi; moga impian anta tok cont'd belajar di UKM akn termakbul .. beliau memilih untuk melanjutkan pengajian didlm jurusan 'pegajian Al-Quran dan As-Sunnah' if x silap ak .. gud lux! :)

penuh berwibawa :)
tenaga pengajar Imam Muda Musim ke-2

kesemua peserta Imam Muda Musim ke-2

IM Mujahid, IM Najdi serta IM Fadhil, bersama Mudir Imam Muda musim ke-2 al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz

IM Ammar, IM Mujahid, IM Fakhrul dan IM Najdi :)

IM Azlan dan IM Najdi semasa dalam tugasan
sebagai Imam; kita x tertakluk untuk mngemudi segala aktiviti didalam masjid sahaja, namun juga berbakti serta mmbantu dalam kehidupan masyarakat; bak kata org Imam nie perlu prihatin dlm keadaan hidup masyarakat .. tp kita x perlu letak 100% tanggungjawab itu terhadap mereka sbb kita pon berkongsi tanggungjawab y sama sebagai seorang INSAN! :)
so ak nk zoom in sket peserta2 Imam muda musim ke-2 nie secara yang lebeyh dekat! ;) supaya kita kenal serba sedikit latar belakang orang2 hebat yang mendukung penuh ajaran Islam dalam kehidupan, insyaALLAH :)

 

IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif
26 tahun
Beaufort, Sabah. 
IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. IM Ali adalah anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. IM Ali juga seorang pelukis kartun dan 'hair stylist' lelaki.

IM Amar Wan Harun
27 tahun
Alor Setar, Kedah.
IM Amar masih bergelar seorang mahasiswa. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. IM Amar suka bermain video. IM Amar juga mempunyai
 
Mohd Azlan Zulkarnain
25 tahun 
Kuala Lumpur.
Biar pun masih muda, anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.
 
IM Zulfadhli Hj Awang
24 tahun 
Brunei Darussalam. 
IM Fadhli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu IM Fadli suka menonton TV.
 
IM Abdul Fatah Riddzwan
21 tahun
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 
Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.
 
IM Fakhrul Hassan
27 tahun 
Terengganu. 
 IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. IM Fakhrul suka memancing dan menonton filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.
 
IM Hassan Adli Yahaya
26 tahun
Air Tawar, Perak. 
IM Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang IM Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata IM Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.
 
IM Mujahid Suhaimi
20 tahun 
Woodlands, Singapura. 
IM Mujahid anak jati kota metropolitan. IM Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.

IM Nazrul Izwan Zolkiflee
26 tahun 
Segamat, Johor.
Merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
IM Nadji Wan Mohd Noh
20 tahun 
Kajang, Selangor. 
Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. IM Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.
Dan si kecil yang berwajah manis dan sentiasa tersenyum ini merupakan kelulusan STPM dimana IM Najdi sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti. Beliau bersemangat untuk belajar di UKM dalam bidang pengajian Sunnah, oleh itu sama2 la kita mendoakan agar beliau mencapai apa yang di impikan, insyaALLAH ameen.




So korunk dh kenal la kn serba sedikit tentang peserta Imam Muda musim ke-2 kita nie :) dan mari kita saksikan beramai-ramai kemuncak Imam muda pada jumaat 1hb Julai 2011 secara 'live' di Astro Oasis 106! ;) dan majlis ini akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Wilayah bersebelahan Masjid Negara.
Btw program Qiamullail itu tadi Cukup syadu dan mendayu-dayu pimpinan Ustaz Osman Ibrahim kelulusan Universiti Al Azhar, Mesir yang di jemput khas dari Sungai Petani, Kedah. 
Para jemaah telah bersolat sunat Tasbih, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan ditutup dgn witir sebanyak 1 rakaat .. amat tersentuh dengan nada Ustaz Osman Ibrahaim dimana beliau berkali2 mnyeru nama suci Allah swt agar hadir rasa cinta, mahabbah, kagum serta tunduk insaf atas kekuasaan serta kasih sayang Allah swt kepada hambaNya ;') .. Allah swt yang Maha kuasa atas segala yang ad :') i love Allah swt! :)
setelah selesai berqiamullail, IM Ali telah ditugaskan untuk melaungkan azan menandakan telah masuknya waktu solat subuh ..
Azan oleh IM Ali
kami sekali lagi secara berjemaah dan kali ini telah dipimpin oleh IM Fadhil .. ayat Al-Quran yang telah dialunkan IM Fadhil, mampu memukau serta mmberi kesegaran kepada para jemaah ketika itu :)
selesai solat subuh, para jemaah telah dihidangkan dengan sajian santapan rohani oleh al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz :)

tazkirah subuh pimpinan al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz

tazkirah subuh, pimpinan al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz
penyampaian yang secara dua hala mampu memberi kesan yang besar kepada para jemaah serta mmbawa kepada kesedaran kepada setiap yang mendegar .. Kuliah Subuh ini juga dilihat sebagai menarik dengan penyampaian yang melucukan tapi cukup berisi! ;)


setelah selesai tazkirah oleh al-fadhil  Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz, para jemaah telah bersalaman untuk mmperlihatkan ukhwah yang telah tergaris oleh Islam dimana kasih sayang itu harus ditebarkan kepada semua :) sepanjang bersalaman itu, para Imam muda telah beramai2 untuk berselawat keatas nabi Muhammad saw, junjungan yang agung! ;) 


para jemaah telah dsediakan sarapan pagi bermenukan; nasi lemak serta kueh mueh dan 1 botol air mineral, juga telah disediakan air teh :)
para jemaah pulang setelah ber'sesi' photography bersama peserta Imam muda musim ke-2 ;)
telah2 la ak x lepaskan peluang untuk mggunakan HTC mmbe ak tok snap pic IM Najdi, Mudir al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz serta IM Ali :) to ja yang sempat memandangkan mmbe ak to dh kelaparan :)
photo of IM Najdi and me :)
so harapan ak sebagai peminat program Imam muda, agar program2 yang berunsurkn 'bergaul bersama masyarakat' diadakan lagi. kerana program seperti inilah yang mmbantu anak muda kita untuk lebih mngenal Islam dan rasa selesa dengan pendekatan Islam yang interaktif seperti ini! ;)
I LOVE IMAM MUDA :)


pss: ak bercita-cita untuk mnyertai program ini sebagai peserta suatu hari nnt :) moga tercapai! :) ameen~ ..