Saturday, August 18, 2012

Ketupat palas tahun 2

Assalamualaikum wbt
May Peace be upon You! :)
KETUPAT PALAS YEAR 2.

Tahun ni sekali lagi tahun raya yang hambar. Walaupun beraya bersama keluarga, namun aku tetap rasa akan kehilangan dan 'kosong'. Bau satay yang dibakar oleh abang-abang aku juga ku rasakan tidak lagi enak. Keseronokan sejak 2 tahun ini sangat lain, perbezaan dan kerinduan kepada Mok tercinta membuatkan aku rasa tidak dalam 'mood' beraya.

Ketupat palas juga menjadi pilihan tetap hati aku, namun semua hanya tinggal dalam kenangan. Yang dah pergi tetap akan pergi dan tidak mungkin akan kembali. Mungkin dengan perpisahan ini membawa impak yang tinggi buat aku kerana kehilangan manusia seperti Mok membuatkan aku kehilangan separuh dari jiwa aku. Aku juga mudah terasa terasing, mudah terasa 'kosong' dan mudah terasa diabaikan. Ini mungkin disebabkan arwah tak pernah berenggan dengan aku.

Raya bersama mok, malam raya adalah malam yang paling meriah kalau bersama arwah dan lokasi rumah Mak long memang familiar untuk aku sekeluarga berkumpul. Waktu-waktu macam ni la masa aku dan Mok meluangkan masa didapur dan bersungguh-sungguh untuk membungkus ketupat palas. Its amazing quality time with her. Berbuah-buah bekas besar berisi pulut terhidang menunggu masa untuk dikukus.

Malam ni juga Mok akan sibuk membuat 'ketupat dakak' dan pada masanya akan membuat pulut kuning!. Rindu.... itu yang mampu ku ungkapkan buat masa ni. Tambahan pula persiapan raya tahun ni adalah sangat simple. Baju raya pun aku tak basuh lagi dan baju untuk bersolat sunat raya pun aku belum gosok. Hambar.... itu ja yang aku mampu ucapkan masa ni dan mungkin seterusnya.

Raya kepada kami adalah masa untuk bermaaf-maafan dan tidak lupa juga susunan 10 jari kepada Mok tercinta!Mok ibarat ibu dan juga bapa aku sebab kebanyakan masa aku adalah kepunyaan dia. Kami rapat dan kehadiran dia pada hari raya pertama juga sudah memadai sekiranya aku tidak beraya bersama keluarga kerana dia adalah keluarga aku.

Pada pagi raya dan sesi bersalaman, Mok mesti akan menangis kerana mengenagkan kehidupan bersama kami. Separuh hanyat dia bersama kami. Mok tak pernah berdendam, biasalah adat duduk satu bumbung, mesti ada yang kecil hati. Namun Mok berbesar hati untuk memaafkan kami semua, dia lah insan yang berhati luhur dan sedia bersama dan menyokong kami.

Setiap kali bersalaman itu juga, aku mesti cium pipi Mok. Teringat pada zaman kecil dahulu, setiap kali ingin keluar rumah untuk ke sekolah dan bermain. 4 tempat aku akan cium Mok iaitu, dahi Mok, kedua pipi Mok dan juga mulut Mok. Keakraban itu membuatkan aku sukar untuk berpisah dengan Mok.

Tangisan demi tangisan pada malam lebaran ni aku lepaskan, bersama lepasnya kerinduan aku pada Mok. Namun dengan masa ini, hanya doa mampu aku kirimkan agar kehidupan Mok tenang disana. 3 doa aku yang sentiasa menemani Mok.

"Agar Mok dijauhkan dengan azab kubur dan azab api neraka.
Agar Mok dihimpunkan bersama orang yang solah dan malaikat memegang al-Quran.
Agar Mok dimasukkan ke dalam Syurga."

Dikesempatan ini, 'oghe' ingin mengucapkan seluas ampunan kemaafan kepada Mok yang tercinta diatas setiap kesalahan yang telah 'oghe' lakukan. Dimana sedar mahupun tidak sedar. 'Oghe' tau Mok mesti kecewa dengan 'oghe' tapi 'oghe' nok Mok tahu yang 'oghe' akan menjadi cucu yang terbaik untuk Mok sepanjang keberadaan Mok disana. Raya 'oghe' kosong dan hambar tanpa Mok. Moga Mok mendapat tempat dimata penghuni langit dan dilindungi Allah swt sentiasa.
'Oghe sayang Mok'.

Yang sentiasa mencintai mu,
Cucu mu.

Monday, February 13, 2012

Ruam susu

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Baru sampai hari ni dari Kelantan. Sampai-sampai ja orang yang dicari adalah my lil nephew! ;) Wahai baby tomei buat apakah itu?Tapi aku dapat perkabaran yang kurang gembira sebab baby Aqeff kene ruam susu!Adehh~ bagaimanakah itu?Dah 2 hari dah menangis, kesian kat along dengan ma :'( Along cuti hari ni sebab nak kena jaga baby Aqeff, abang zul pun ambil EL sebab takut-takut baby Aqeff nak kena hantar ke klinik. Along cuti pun sebab kesian kat aku yang baru balik dari kampung&keletihan seharian berhibernasi.
Esok ma pula cuti sebab takut baby Aqeff menangis lagi. Aku pula kene tolong ma pagi tuh lepas itu kena pergi ke Sg. Buloh untuk buat survey rumah anak yatin bagi program Alumni sekolah. Aku off sekejap lepas itu kena segera pulang untuk jaga baby Aqeff sebab risau kalau tinggal my mum sendirian :'(

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab aku nak berangkat! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Saturday, February 11, 2012

Yes!I'm half kelantanese :)

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Its almost 2 weeks im here, at Kelantan. Just visiting though. Visit my aunties, my late grandma's grave and the most important is to keep my relationship with my cousin more stronger :) Rasa macam nak koyak ja ticket bus sebab tak nak balik Putrajaya lagi, tp my family are there. Rindu sangat-sangat kat family disana :) Nak makan lauk mak masak pula lepas ni. Tapi seminggu lebih ni sangat la lepaskan rindu untuk makan masakan mak cik-mak cik ku. Sebab mereka pandai masak macam my mum. Sedap-sedap sume mereka masak!nyum nyum! ;)

But the most important is!nak mulakan shift kerja seperti biasa :) Anak buah ku!daddy su amat merindui kamu!
Ok!mission untuk esok adalah untuk beli sume barang yang telah di'list'kan oleh mak aku ;) Hopefully sume barang tuh ada :) Seyesly mengantuk, tapi nak tengok cerita seketika then baru tidur. Mak cik aku pun dah tidur, tinggal abang sedara aku sorang ja tengah tengok tv :) nunyte!

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Wednesday, February 1, 2012

Officially taken.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Well, He is officially taking care by outsider. Siapakah?sapa lagi!my lil nephew la! :'( beliau officially diambil oleh pengasuh pada jam 12.50 tengahari tadi (2 Feb 2011) . Bersedih hati la jawabnya daddy su& ibu mu aka along. Aku tengok mak cik yang pengasuh tu pun macam ok ja. Hoping that my lil nephew will be fine there ;') Mak cik, mak cik jaga elok-elok ya anak buah saya tu. Bagi beliau minum elok-elok, jangan tersedak-sedak bagai.
Masa nak hantar ke rumah pengasuh tadi, baby Aqeff cam sedih-sedih ja. Sampai ke pintu rumah pengasuh tu pun beliau macam nak menangis. Tapi lepas ja masuk ke dalam rumah tu, adehh~ kemain beliau senyum ;) beliau tak tahu ka yang beliau akan ditinggalkan? Btw baby Aqeff ni la FIRST cicit mok yang ditinggalkan bersama pengasuh luar. Selalunya cicit mok semuanya dijaga oleh makcik-makcik sendiri :) Turn baby Aqeff la kurang bersedia dimana perancangan awal, kami mahu mok yang jaga sebab mok la yang biasa dengan kami. Namun perancangan Allah swt adalah sebaik-baik perancangan dimana mok kembali ke Rahmatullah tahun lepas :) Al-fatihah, moga beliau di cucuri rahmat Illahi. Tapi insyaAllah tahun depan, baby Aqeff duduk dengan Tok Ma sebab my mum dah pencen :) Back to our tradition ;) Btw along pun macam nak menagis dah tadi, ye la sebab baby dia la yang first skali diberi pada pengasuh luar :'( insyaAllah tawakal padaNya, moga-moga mak cik tu mengasuh dengan penuh kasih sayang. Ameen~
Nanti aku update lagi ya, kesedihan melanda. k tata~ ..

Assalamualaikum
May peace be upon you :)

Babysitting by outsider!

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Esok baby Aqeff akan diberi jagaan kepada jiran along :'( Sedih sebab along decide nak letak baby Aqeff awal kat nursery agar baby Aqeff boleh adapt dengan pengasuh kat situ dan pengasuh kat situ boleh kenal lebih cepat dengan kerenah baby tomey tu. Nasib baik la pengasuh tu dekat ja dengan rumah along, boleh la aku jenguk sekali-sekala. Along akan letak baby Aqeff pada waktu tengahari before along pergi kerja, then after abang zul balik kerja aku pula kene jaga baby Aqeff. Means, aku akan ketemu dengan baby Aqeff pada waktu malam sahaja :'(
*Ucapan pada baby Aqeff: Take care ya kat sana, jangan nakal-nakal. Kurangkan menagis tau, be a macho man ;)

*Ucapan kepada pengasuh: Ko jaga anak buah aku elok-elok!!!kalau sikit ja calar aku nampak kat mana-mana bahagian baby Aqeff, memang pecah muke ko!!!ada paham!!!i'm watching you!!!sekain!!!

Oleh itu, daddy su akan merenung baby Aqeff puas-puas before hantar ke nursery ya :'( Gonna miss you!.

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Tuesday, January 31, 2012

Day 5.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Well hari ni hari yang sangat la memenikkan aku!seyesly aku sangat la macam rasa berdosa sebab my lil nephew keep crying :'( sedih ja tengok sebab beliau menangis sangat la teresak-esak&aku sebagai seorang daddy su, can' do anything!aduhai lemahnya beta dalam menguruskan awak wahai baby Aqeff :'( daddy su say sorry k.

9.00 pagi: Daddy su mulakan kerja menjaga baby Aqeff lewat pada hari ini sebab along kerja petang dan kami berada dirumah putrajaya for a reason *refer last entry k ;) So daddy su start dalam jam 9.00 pagi after along minta tolong jaga baby Aqeff tengah tidur kat dalam bilik my parent *ye beliau dengan along tidur kat bilik my parent ;) sweet kan sebab dari my mum, along& baby Aqeff tidur dalam bilik yang sama such a generation gathering gittew ;P then aku pun sambung la kerja along mengawasi baby Aqeff& daddy su beliau ni terlelap sama sebab terlalu mengantuk! ;)

11.00 pagi: O~ my lil nephew sudah membukakan mata nya ;) Assalamualaikum!morning!shine&rise!apa lagi kan, menagis la sebab nak susu. Dengan keadaan mamai!daddy su telah melakukan negligence!daddy su bagi baby Aqeff susu semalam!&dalam keadaan berbaring di atas tilam!itu adalah kesalahan besar akta penjagaan bayi 1989!Arghhhh!maafkan daddy su wahai baby Aqeff!seyesly aku rasa bersalah sampai kesudah!&bila baby Aqeff besar nanti, insyaAllah kalau aku rajin, aku cerita pasal kejadian ni :'( SO SORRY!
*Selepas itu, along bagi breastfeed pastu mandikan beliau. Bersalahnya aku bukan ke palang!malu aku dengan along sebab tindakan cuai itu :'( pastu adalah mandi time!untuk menebuskannya aku melakukan kerja dengan amatlah teliti, sebab nak kembalikan kepercayaan yang aku musnahkan (dimana aku dalam keadaan mamai!sedih nya aku rasa&bersalahnya).

12.30 tengahari: Along dengan Abe Chik pergi kerja. Tinggallah aku keseorangan dalam menjaga baby Aqeff.
1.00 petang; After feeding, aku mula dodoi baby Aqeff sebab beliau dah menguap banyak kali dah ;) lepas ja mata beliau berjaya ditutupkan, aku pun letak la kat atas katil seperti kebiasaan dodoi tu kene berdiri dan berjalan, tak pun bagi beliau bebaring diatas dada :p manja betul. *Letak ja atas katil dan berjaya ditidurkan seketika. Tak sampai 15 minint beliau bangun& perkara yang aku paling tak nak terjadi telah berlaku!Adehh~ kali ni jeritan semalam memang nyaring& dikala aku berseorangan dirumah tanpa ada along& my mum!Tapi aku berjaya tenangkan beliau sehinggalah bunyi kereta my dad masuk kedalam rumah. Hmmm~ mula la, bunyi kenyaringan itu pun bermula lagi! ;P seresly aku panic kot!
*Jeritan tangisan tu berterusan la sampai my dad membuat keputusan untuk call my mum pulang ke rumah. Terpaksa lah my mum off half day demi menggantikan tempat aku yang loser ini! ;'(


Setelah berjaya di tidurkan ;)
1.45 petang: My mum sampai& sekejap ja my mum dodoikan terus la si tomey tu berhenti menangis!Adehh~ tercabar terus aku ;P memang aura my mum tu kuat betul terhadap cucu beliau tuh ;)

2.30 petang: Aku terlena after tolong my mum buat air susu baby Aqeff, kukus pau& buat air sebab my mum pun lapar. Kena la anak teruna beliau ni buat kerja-kerja bibik untuk sementara waktu. Pastu kami pun makan after baby Aqeff lena dikatil abang aku.

5.30 petang: Baby Aqeff terjaga lagi& seperti biasa kenyaringan suara tu buat aku tersedar. After solat, aku tolong my mum panaskan susu untuk baby Aqeff minum.
*Tapi hari ni, baby Aqeff minum sikit ja tapi yang banyak nya adalah susu tumpah. Nampak macam beliau tak telan terus, macam beliau main-main ja minum. Tu la yang my mum geram ja tengok tadi ;P rasa nak gigit-gigit ja pipi si tomey tu bagi minum betul-betul ;)

6.50 petang: Abang zul balik dari kerja bersama dengan ikan siakap!Adehh~ besau nya!takot aku tengok. Sampai-sampai ja bukak pintu kereta terus tanya pasal baby Aqeff. *Wahai baby Aqeff betapa ramai mya manusia yang sangat concern& sayang dengan anda!So dah besau nanti jadi baik ya! ;)

9.00 malam: Lepas ja bangun dari tidur, terus dia punya senyum sangat la lebar ya wahai baby Aqeff????Puas menjerit pastu bangun-bangun terus senyum! ;P memang kami pun mengusik la si tomey tuh apal agi kan ;) pipi beliau terus penuh dengan kesan bibir semua orang dalam rumah itu ketika itu! ;P Puas pula hati kami! ;)

10.30 malam: Along balik dari office, pastu replace my mum untuk menjaga baby Aqeff after along selesai makan :)

12.00 tengah malam: Along, abang zul& baby Aqeff naik tidur di bilik ma ;) daddy su pulak teruskan menonton TV ;)

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Monday, January 30, 2012

Day 4.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)
Well2, kisah sedeyh hari nie! :'( sian baby Aqeff. May Allah swt bless you yeah baby tomey. Ameen~
 
2.00 petang: Along dengan abang Zul p Hospital untuk bervaksinasi :) pergi la mereka 1 keluarga dengan bahagianya.
*Along kata masa injection tu, kemain la baby Aqeff tu mengangis sekuat hati sampai nurse kat situ pun terkejut dengan kebolehan vokal beliau yang kalah Jaclyn Victor dalam 3 suara ;) haaa~ kau mampu berpitching sedemikian?Lepas balik ja, mula la tindakan yang drastik dan membanggakan sehingga aku pun terkejut sama, yakni teriakkan yang sangat la kuat. Mungkin beliau tak selesa, sakit pulak tuh kene inject. daddy su dia pun kene inject 8 kali baru jumpa urat ;p doctor cakap sebab aku takut sangat. Macam tu jugak la kot keadaannya dengan my lil nephew ni ya? :) Pastu jenuh la along p dodoi bagi breastfeed bagai, keadaan lega sekejap pastu jadi semula. Kesian tengok baby Aqeff. Macam mana la daddy su nak jaga esok kalau awak menanges macam tuh? ;(  tak apa, daddy su akan cuba ya sebab tadi pun ada kawan daddy su ajaq lagu mana nak handle keadaan awak tu :) kawan daddy su pun ada bagi a few tips kepada para ibu jika membawa anak anda untuk injection session :)

Tips:

1. Next time before cucuk, distract baby dgn benda2 like toys ke, sumthing colourful ke... 
n breastfeed before n during vaccination adalah sgt bagus

2. Sekiranya dah inject baru baca blog aku ni, ini lah saranan beliau :)
: For now there's ntg u can do except gosok2 tmpt inject tue, distract baby...
tue je yg boleh buat
* Aku salin bulat-bulat ;)
So, jika mahu tahu lebih lanjut sila berhubung sendiri dengan beliau.
Beliau merupakan pelajar jurusan Medical Lab di Kolej Sime Darby. *Siap biodata lagi ;)

Pastu kejadian itu berterusan, tapi baby Aqeff ada la juga lelap-lelap sikit sebab beliau sangat la mengantuk.

6.00 petang: My parent pun sampai rumah setelah bekerja :) balik-balik ja, mak aku terus p tengok cucu nya tanpa melihat anak nya ini. Terasa jeles pulak daddy su kat awak wahai baby Aqeff ;p pastu aku pun berkemas-kemas sebab nak pulang ke rumah along. Along kerja esok, so aku perlu jaga Aqeff la esok ya :)

6.30 petang: Bertolak ke Cheras sambil bergegas kerana kawasan perumahan aku ada fogging ;) bersesak nafas la parent aku kat salam rumah tu ;p

7.10 malam: Tiba di rumah.
*Baby Aqeff sangat la pendiam semasa beliau didalam kereta ;p mungkin seronok dengan gegaran kereta dan aircond yang nyaman seperti di bilik Tok Ma& Tok Abah beliau.
Sampai ja rumah, kedengaran suara nyaring yang mampu menakutkan semua orang :'( Adehh~ baby Aqeff nanges rupanya :) Along pun breastfeed lagi, memang nak termuntah la kalau aku, sebab dalam kereta tadi pun baby Aqeff feeding. Tapi tetap nanges, mungkin sakit sebab injection tengahari tadi kot.

10.00 malam: *Tiba-tiba dah jam 10 malam kenapa?sebab daddy su terlelap selepas solat maghrib tadi ;p 
Baby Aqeff masih menagis, kesian along dengan abg zul. Mereka dah tak tahu apa nak buat, first baby la katakan. Pastu abang zul measure suhu beliau 37.7c, demam la kot na :'( Panas badan beliau, so along dengan abang zul pun letak la 'Cool Fever'. Tapi tetap la dengan menangisnya :'( Pity you O~ my lil nephew!.
Pastu along pun call la Tok Ma si baby Aqeff, setelah habis mengadu &consultation dengan abang aku yang kerja M.A tu, kami pun decide untuk pulang ke rumah dan bagi baby Aqeff tidur kat rumah my mum untuk hari ni sehinggalah beliau getting well ;)

11.00 malam: Sampai rumah. My parent tak ada kat rumah!rupa-rupanya p makan kat luar, ni mesti sebab my mum tak larat nak masak. Kesian beliau.
*Sepanjang la berada dirumah baby Aqeff menanges, kami semua tak tengok pun TV tapi tengok baby Aqeff menangis yang teramat sangat :'(

12.30 tengah malam: Bawak baby Aqeff tidur di kamar ibu ku sebab sejuk sikit ada aircond :) baru la beliau senyap se ke jap! ;p pastu nyaring balik jeritan menagis beliau tuh.

1.00 pagi: Masih tidak tidur, menagis kuat gila kot ;) kesian aku tengok kat baby Aqeff sebab menanggung sakit, my mum sebab duduk la memujuk bagi tak nanges, along sebab rungsing tak tahu nak buat macam mana, abang zul sebab naik turun duk buat air susu, my dad&abang sebab cuba nak bagi baby Aqeff berhenti menangis.

1.50 pagi: Baru la berhenti menanges si tomey tu. My mum&along pun tidur dengan suka hati tapi letih sebab esok dah nak kene kerja :'( Tak apa, jasa kita semua akan dikenang suatu hari nanti. Keikhlasan kita menjaga beliau pun sudah tertulis dan terganti dengan pahala :) insyaAllah.

*Gambar untuk entry nanti insyaAllah kalau aku rajin aku upload ;)

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Friday, January 27, 2012

Day 3.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Well, today will be my short diary with my lil nephew ;) cause im spending a very lil short time with him :'(
7.00 pagi: Bersiap-siap untuk menjaga Aqeff selepas solat subuh *very good meditation for morning activities ;) Tapi kerja aku pagi ni agak mencabar sebab my lil nephew tak tidur pun! ;) So its my duty to make him feel sleepy, time for steriod (breast milk actually). Baby Aqeff lapar rupanya, oleh itu aku pun siap-siap la panaskan susu sambil mendengar beliau menangis kelaparan sebab baru bangun dari tidur, baby akan mula lapar. After panaskan susu, aku pun feeding la beliau, YES!muka beliau sgt la ceria dan bersungguh-sungguh untuk minum ;)

8.10 pagi: O~ my lil nephew pun terlelap dalam pelukan dan bahu ku yang masam ini ;) dengan itu aku pun bersiap diri dan mulai mendodoi beliau semula ;)

8.54 pagi: O~ my lil nephew telah terjaga, o~ cutie2 please do not cry ok :) Ni mesti lapar sebab beliau minum tak habis pun tadi sebab terlalu mengantuk kot

9.00 pagi: O~ my lil nephew dah tidur semula sebab nampak sangat letihnya, beliau terjaga tadi pun sebab distraction dari luar. Oi! boleh diam tak?anak buah aku nk tidur la! ;P *Daddy su sudah gila! ;P

* Dalam tidur dengan baby Aqeff kat bahu aku ni, menyebabkan aku bermimpi indah!seriously!aku mimpi aku pergi Australia kerana ikut my mummy p meeting kat sana ;) Excited ja mimpi ni sebab dah lama aku nak p vocation kat sana! ;P After that, selepas bersiar-siar sekitar tempat penginapan kami tu aku pun p super market mereka sebab nak buat beef pasta tapi malangnya dalam mimpi tu aku lupa nk tukar RM kepada Dollar!Adehhhhh~ sedeyh!pastu pulak dah nak ending mimpi aku mula jatuh hati dan bercinta dengan aweks Australia. O~ mimpi!tak ada yang lagi realistic ka?then terjaga sebab my lil nephew nak susu ;)

10.40 pagi: Aku pun bangun dan sediakan susu kepada si baby tomey Aqeff beliau lapar agaknya sebab laju ja sedut susu tu ;) tak apa tak apa, pelan-pelan ya takut nanti tersedak ja baby tomey daddy su ni ;)

11.00 pagi: Baby Aqeff mulai longlai dan lena :)

12.20 tengahari: O~ my lil nephew, lamanya awak tidur. Lenguh tangan daddy su ni tau, tapi tak apa sebab daddy su pun tidur sebelah awak ;) nenyak ja dua-dua tidur, macam main game lawan tidur sapa paling lama ;P mesti lah daddy su menang sebab daddy su ni kuat tidur! ;) lepas tu kami pun bermain bersama, main geletek-geletek pastu kiss2 pipi gebu beliau. Rasa cam nk cabut ja pipi tuh ;)

1.19 petang: Along balik then aku pun bersiap-siap p masjid untuk solat jumaat :)

2.50 petang: Pulang dari masjid then tolong along mandikan my lil nephew ;) tomey nya tengok beliau yang takut air ni ;) lagi la kuat kami sakat beliau ;P jangan marah ya, mandi ni pun sebab nak bagi baby Aqeff segar dan disebabkan pampers awak sudah mulai penuh dan amat berat tau! ;)

6.19 petang: Mulai mengemas dan berangkat ke Putrajaya rumah Tok Ma dan Tok Abah Aqeff ;) Home Sweet Home! :) Rindu kat bilik saya

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Thursday, January 26, 2012

Day 2.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Sehat-sehat selalu to my honorable readers! :)
So sehinggakan hari ini merupakan hari ke-2 aku memegang jawatan selaku babysitter untuk my lil nephew. Hari ke-2 membawakan kisah yang berbeza melihat keletah si comel my lil nephew :) ala bucuk busuk masam.

6.50 pagi: Daddy su bangun lewat ya hari ni untuk subuh!ish3 contoh yang tidak baik!berubah segera!So bangun pagi-pagi selepas solat terus daddy su pergi ke kamar along sebab nak jaga Aqeff. Tapi daddy su tak tidur pun sebab baring ja kat sebelah Aqeff, terus tangan Aqeff bergerak-gerak macam tau-tau ja ada kehadiran seseorang kat sebelahkan?tak pa, daddy su baring kejap pastu p panaskan susu.

8.15 pagi: Assalamualaikum, Morning. Shine and rise!my lil nephew sudah pun membukakan mata beliau :) bangun-bangun ja terus merengek, lapar katanya. Tak pa tak pa, kali ni daddy su sudah pun bersedia terlebih awal dimana daddy su mengorbankan masa pagi daddy su dengan memanaskan susu Aqeff terlebih dahulu sebelum Aqeff bangun *siap dah mandi lagi ok!. Pengorbanan sangat daddy su pagi-pagi ni kan ;) Sebab apa?sebab tak mo Aqeff tomey menangis lama-lama, nanes sikit-sikit ja tau. Sambil feeding, sambil tu jugak la daddy su bersama Aqeff menonton cerita 'Macam-macam Aznil' :) amboi senyum lebor tengok my lil nephew tersengeh, paham ka tak la tu kan. Tersengeh sebab paham ka tersengeh sebab tengok uncle Aznil menari? ;) tak pa, janji Aqeff terhibur&happy pagi-pagi ni. Senyum tu juga adalah salah satu sedekah, so Aqeff dah sedekah kat daddy su senyuman yang membuatkan daddy su pun tersenyum :))) hamboiii~ ..

8.58 pagi: O~ my lil nephew, awat tak tidoq lagi?bukan dah menguap-nguap ka? ;) ni mesti gagahkan diri nak menonton tv lagi kan ;) NO!daddy su tak benarkan ;) kerana daddy su akan kembali mendodoikan anda sebab anda memang sangat mengantuk *sebab dah banyak kali menguap&badan beliau pun sudah longlai sangat :)

9.56 pagi: Adehhh~ akhirnya baru la my lil nephew tidur :) tapi yang paling lawak beliau lena sambil menghisap susu, adeh~ mengekeh-ngekeh daddy su tengok. Lain kali kalau nak lena tu, bagi la sign sikit ya. Ni tak, teruskan menghisap ja walaupun mengantuk tahap gaban ;) Tapi amat menghiburkan hati daddy su, tapi!amat membahayakan anda ok!sila jangan buat lagi ;) sebab bukan daddy su ja sayang Aqeff, tapi Tok Ma, Tok Abah, Mama papa pun sayang Aqeff :) Stay healthy ok! :)

Feeding! ;)
10.50 pagi: O~ my lil nephew sudah terjaga dari tidur nya yang nenyak tadi ya, adeh~ distraction banyak betul sampai beliau terjaga. Please do STOP sound pollution wahai jiran-jiran semua :) Pampers pun sudah berat, so taharah diperlukan&its for Mandi tyme! ;) lets go to playing with bubble and baby duck! :)

11.50 pagi: Sudah wangi, sudah feeding maka baby Aqeff mulai beradu! ;) tidur sudah baby kecil ni, comel!. Tahukah anda dimana betapa manja nya baby Aqeff ni sehinggakan hanya ingin lelap ditangan daddy su beliau, bila aku letak kat katil beliau ja mesti beliau terjaga& nak aku pegang ;) manja sangat ya, tak apa tak apa bukan selalu. So daddy pun angkat la semua si manja Aqeff ni. Maka beliau pun lena lah dibahu ku.

2.30 petang: Ish3 lama betul beliau tidur, sampai sekarang pun masih lena. Tapi tadi ada juga lah tersedar sekejap sebab bunyi motor, tapi tidur semula :) tak apa, daddy su dodoikan ya. Tapi daddy su pun mengantuk&nak solat sekejap ya. Lepas solat daddy su pun con't tidur dengan my lil nephew ;) hilang mengantuk :)
Ni la my lil nephew yang sangat manja. Adehh~ lenguh tangan daddy su ni tau tak ;) tapi tak apa, sebab daddy su pun ngantuk&nak tidur kejap ;p
3.30 petang: Masih tidur sambil ditemani alunan ayah al-Quran surah al-Lukman :) esok surah Yusuf pula ya.

4.18 petang: Along balik dari kerja :) my lil nephew pun terjaga bila dapat tahu mama dia pulang ;p bangun la ya baby tomey.

5.30 petang: Daddy su dia pulak bantai tidur after solat ;)

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Wednesday, January 25, 2012

Day 1.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Semoga anda semua sihat-sihat belaka ya. So, cam yang telah diwar-warkan *cam retis sangat ja kan. Hari ni adalah hari pertama aku jadi babysitter untuk my lil. nephew, so aku sedikit sebanyak ingin berkongsi cerita tentang my day 1st as a babysitter ni la ya. For those yang tidak suka mengenai sentuhan peribadi, sila beredar segera dari blog aku ni ;p segera ya segera.
 
8.00 pagi: My lil nephew sudah pun n bangun dari tidur, owh my Lord daddy su dia masih lagi mengantuk. Please go back con't your sleep ;p tapi apakan daya, dengan tangisan kelaparannya terpaksa juga lah aku untuk menggagahkan diri panaskan air susu yang telah disediakan oleh along aku sebelum bertolak pergi kerja. Tapi for the 1st timer mcm aku ni agak sedikit kelam kabut la kan but nasib baik abang chik aku ada dirumah shift malam, so pagi dia ada la kat rumah. Dia la tolong aku panaskan air dan membuat aku bertindak secara rasional which means agar tidak panic ;) bila ja dah siap feeding, mula la sesi mendodoi manja :)

8.30 pagi: Selesai feeding. Blurpppp~ Alhamdulillah :)
Feeding lil baby Aqeff :)
Well after feeding, kita kene sapu-sapu&tepuk-tepuk manja bahagian belakang badan baby tu ;)
Get ready baby Aqeff ;) *btw tu untuk mengelakkah dari baby muntah/jeluek (jeluek tu bahasa kelantenese) susu yang diminum :)

8.50 pagi: O~ my lil nephew, sila tutup mata anda ya ;) daddy su mulai longlai dan mengantuk, daddy su ni dah la ada tabiat buruk yakni tidur selepas subuh ;p So dengan pengalam ini juga aku dapat pengajaran serta membiasakan diri aku untuk stay cool after subuh, SubhanAllah sambil aku mendidik sertam mengasuh anak buah aku sambil itu juga Allah swt memdidik dan mengasuh aku untuk sentiasa berjaga dan melakukan aktivitas selepas solat subuh. Nabi Muhammad saw juga ada menyebut serta menyarankan bahawa kita perlu melakukan aktivitas selepas solat subuh yakni kekal segar dan mulai mencari rezeki tanpa membuang masa :)

9.30 pagi: O~ my lil nephew, tangan daddy su dah lenguh mendodoi dan berzikir kepada anda. So ini lah masanya anda tidur bersendirian dengan jagaan daddy su di atas katil sendiri ya :) moga selesa and make yourself comfirtable ya.

9.50 pagi: Alamak aii~ ttiba my lil nephew tersedar pulak serta macam berat sangat ja pampers dia ;p adehh~ kene taharah kan beliau la nampak nya :) ok!Mandi time! ;p wangi-wangi ya.

*Cara-cara nak mandikan baby:
  1. First and foremost, anda semua perlu lah menyediakan semua peralatan yang perlu untuk masa mandi, senang kata preparation untuk mandi la kan :)
    - Barang-barang yang perlu adalah seperti besen mandi, jug/bekas air untuk siram baby (baby tidak digalakkan untuk mandi menggunakan suhu air yang sejuk!make it sure its warm ok!), baby shampoo, baby bath, and most important is ... towel ;)
  2. Bila dah sedia semua peralatan tu, anda perlu lah berbogel!opsss!bukan anda, tetapi bayi itu ya! ;p bukakan semua baju, seluar, pampers beliau (lampin sekiranya anda masih menggunakan cara tradisional) serta kain bedung :) biarkan baby selama beberapa minit berkeadaan demikian (macam buat kek la pulak)
  3. So sekarang baby itu sedia untuk dimandikan!make sure yang semua bahagian badan baby itu dicuci dengan sebersih-bersihnya, takut nanti ada ruam atau gatal-gatal. Pada bahagian leher selalunya mereka-meraka terlepas pandang, biasanya pada bahagia leher tu ada sedikit sisa air susu yang mungkin tertumpas semasa feeding :) So pleasa taking care of that baby hygiene ok. Juga berhati-hati sekiranya membersihkan pada bahagian alat sulit (bagi baby lelaki) kerana pada bahagian itu masih sensatif dan ianya juga mengelakkan dari berlaku angin pasang dan sebagainya (sebab itu kita perlu tuam menggunakan pasir panas setelah selesai mandi)
  4. Tips!:
    -Mandikan atau basahakan pada bahagian kaki dahulu dan baru naik ke bahagian yang lebih tinggi hingga ke kepala. Ianya sunnah! :) kita juga perlu praktikkan mandi sebergitu kerana saranah dari Nabi Muhammad saw, sunnah. Dapat pahala dengan mudah :)
9.55 pagi: My lil nephew got 'sedu' :(
*Tips!
- Bagi baby minum air dan letakkan tisu basah dibahagian dari tengah-tengah antara 2 kening :)
Ianya petua orang dulu-dulu

10.25 pagi: Feeding lagi!ya, my lil nephew sangat kuat minum :) its make him strong!

11.10 pagi: O~ my lil nephew sudah mengantuk dan tidur dengan nyenyak!

2.27 petang: Baru la aku dapat makan!breakfast+lunch! ;) sebab terlalu kene jaga my lil nephew cz beliau sangat la sensatif dengan bunyi semasa tidur. Tak boleh bunyi sikit mesti dia terjaga ;) cute! So setiap kali ada bunyi prang preng prong dari jiran sebelah rumah ka mana-mana ka, aku terpaksa lah mendodoinya kembali ;) enjoy! dan beliau sangat la nyenyak sampai along balik baru la beliau sedar!tu pun selepas feeding beliau tidur semula! ;) baby memang macam tu, sebab malam beliau nak meragam and bermanja-manja dengan ibubapa beliau pula ;)

4.21: Along pulang and my lil nephew pun terjaga+feeding. Aku pun dah lunyai sebab masih tidak tidur, sekarang daddy su nak baring pulak, tapi nak kene solat dulu pastu tunggu isya' baru la tidur.

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Tuesday, January 24, 2012

I'm a boy babysitter! ;)

Assalamualaikum wbt :)
May peace be upon you :)

Well, daripada update aku yang lepas telah menunjukkan betapa aku dh lama tidak menaip sesuatu didalam blog aku ni :) Daripada aku dipanggil haikal hinggalah aku dipanggil 'daddy su'!
YES!aku dah ada anak buah!A NEPHEW! :)
Really happy having kind of special gift from Allah swt to our family, such a new member of
my family huh ;) As i've mention, its a 'nephew' which means its a BABY BOY!!! :)
but seriously i do not care about the gender of that baby, SYUKUR as that baby make our family like more close and together in ways of taking care of that baby! ;) his name is Izzul Aqeff bin Zul Azmi, a very cute name!.
Tomorrow will be my first day in fully taking care of him, senang kata i'll be a babysitter for that kid! :)
Dengan itu, aku nak berkongsi/sharing sikit dengan anda semua untuk persediaan/bagaimana untuk menjaga baby :)

So here are some tips/preparation to you guys (boys especially) in handle or manage a baby:
  1. Be ready.
    - You have to 100% ready and with full bloomy hearth to take care of that baby. Remember, that baby is a gift from Allah swt to you and your family. So that, you need to give your best shoot in handle that baby.

    Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
    (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)  
    * Its same goes to boys
  2. Purify your hearth.
    - You have to bare in your mind that you do this because of Allah swt and to make sure the baby will grow healthy and be a good muslim. It is because, your good hearth will produce good feeling to protect that baby from any harm.
    - So starting from now, you have to avoid doing all negative activities and always Istighfar to ask for Allah swt forgiveness.

  3. Always keep zikr, reciting d'oa, reading al-Quran etc.
    - You have to always zikr and recite d'oa or reading al-Quran to ensure that baby will listen only for a good things. What the most important thing and a big WARNING is, please do avoid talk about bad things.
    *Contohnya adalah seperti mencarut, mengumpat dan sebagainya.
    - Please make a d'oa to that baby such as; 'Far from any diseases, To be a good muslim/child that obey their parent/Allah swt and may Allah swt bless him/her'.
So, dengan sedikit tips persediaan untuk menjaga baby tu aku berharap kita semua mampu berikan yang terbaik dalam menjaga pemangkin generasi yang seterusnya selepas kita dan moga anda menjadi agen pencorak serta penggerak kepada kemaslahatan ummah.
:)

*Masa umur baby Aqeff 1 hari ;)
(officially letak photo my nephew)