Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA HASSAN IMAM MUDA UNGGUL.

Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah setelah 9 minggu bersiaran di Astro Oasis 106, maka terjawablah segala teka-teki yang bermain dalam fikiran semua penonton setia program IMAM MUDA MUSIM KE-2. 
Segala penat lelah juga kini terbalas dengan sebuah kejayaan serta rangkulan kemenangan oleh setiap IMAM MUDA. 
Pada tanggal 1 Julai 2011 bersamaan 30 Rejab 1432 hijri seorang IMAM MUDA  telah dinobatkan sebagai IMAM MUDA UNGGUL selaku juara IMAM MUDA MUSIM KE-2.
Dalam ramai-ramai yang bersinar, kilaun seorang juara telah lama dijangka untuk merungguli gelaran tersebut.
TAHNIAH diucapkan kepada IM HASSAN kerana telah berjaya digelar IMAM MUDA UNGGUL dalam program IMAM MUDA MUSIM KE-2 ini.

Peserta IMAM MUDA MUSIM KE-2
IM HASSAN  telah bersaing secara sihat bersama IM NAZRUL serta mereka telah berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sehinggakan telah membawa mereka ke peringkat final IMAM MUDA MUSIM KE-2.
 Para finale telah diuji serta dinilai dengan beberapa peringkat nilaian semasa di peringkat akhir ini, dimana;

  1.  Mereka dinilai melalui ujian bertulis dan pemarkahan sebanyak 50%
  2. Mereka juga dinilai melalui aktiviti mereka semasa dikampung halaman selama 3-4 hari dan pemarkahan sebanyak 20%
  3. Mereka juga dinilai melalui Tazkirah, Hafazan serta Hujah semasa dipentas IMAM MUDA MUSIM KE-2 yang terakhir; yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pemarkahan sebanyak 30%

Wajah finalist IMAM MUDA MUSIM KE-2
IM Nazrul bersama IM Hassan
 

 
 

 

 

 

 
Setelah sepanjang 1 jam 30 min bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) keputusan akhir Juara IMAM MUDA MUSIM KE-2 telah diumumkan oleh Mudir Al-fadhil Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz. Dengan tepukan yang gemuruh serta ucapan Alhmdulillah, ia menandakan rasa syukur kepada Allah swt kerana IM HASSAN telah dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA MUSIM KE-2.
IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE-2
 
Air mata kesyukuran tampak terlihat dari wajah beliau diatas penganugerahan serta berkat usaha serta doa oleh para peminat, sahabat dan yang paling penting adalah berkat doa dari seorang ibu yang melahirkan. Tahniah diucapkan kepada IM HASSAN diatas rangkulan gelaran IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE-2.

IM HASSAN JUARA IMAM MUDA MUSIM KE-2
Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada fan page PENYOKONG IMAM MUDA HASSAN kerana sentiasa memberi informasi-informasi yang terkini serta sokongan yang tidak putus-putus keatas IM HASSAN.
TAHNIAH JUGA KEPADA IMAM MUDA NAZRUL DIATAS KEJAYAAN ANDA DAN BERKAT USAHA KALIAN TELAH MEMBUAHAKAN HASIL YANG BAIK, ALHAMDULILLAH.
IM HASSAN BERSAMA IM NAZRUL SEBAGAI FINALIST IM MUSIM KE-2
Sememangnya anda berdua adalah IMAM MUDA UNGGUL dan tidak lupa juga kepada IM yang lain, perjalanan hidup kita masih panjang, teruskan dakwah Islami supaya Islam kekal segar diminda dan yang paling penting dihati para mukmin.
Anda adalah IKON REMAJA ISLAM!teruskan usaha dan mantapkan IMAN. Kerana yang membezakan seseorang itu disisi Allah swt adalah Taqwa. Mabruk!
Wassalam :)

2 comments:

  1. Alhamdulillah..juara IM seperti yg dijangka

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :) tahniah kepada IM Hassan, ikon Remaja Islam.

    ReplyDelete