Monday, August 15, 2011

Saya sayang sangat kamu ;)


 

Salam hey, apa khabar semua. Umm~ entry kali ni aku nak cakap tentang insan yang paling kita sayang. Mesti anda2 semua ada seseorang yang bertahta dalam hati anda buat masa ni kan sebab nilai kasih sayang tu memang dah disemai oleh Allah swt kedalam hati hamba-hambanya dan keperluan menyanyangi seseorang itu juga adalah fitrah setiap manusia. Tapi persoalannya adalah, kepada siapa kasih sayang itu berhak diberikan atau kata lainnya adalah, siapa mereka yang berhak merasai kasih sayang itu. Nabi Muhammad saw ada bersabda, “Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi seseorang  yang lain”. 

So, kita boleh tengok betapa besarnya nilai sebuah kasih sayang dalam Islam dan saranan itu seolah2 mewajibkan setiap kita ni menebarkan rasa kasih dan sayang kepada sesama insan. Berbalik pada apa yang aku jelaskan tadi la kn, kepada siapa dan siapakah yang berhak menerima serta merasai kasih sayang kita itu. Yang paling jelas menurut Islam adalah, kita seharusnya memberi rasa kasih dan sayang itu kepada mereka yang halal bagi kita. Umm~ mesti ada yang bertanya, maksudnya hanya kepada keluarga kita sahaja ka?kepada kawan2, ‘teman istimewa’ tu kiranya x boleh la er?. 

Umm~ maçam yang aku cakapkan tadi, jangan ‘limit’kan kasih sayang anda kepada ‘siapa’ tapi maksimumkan kasih sayang anda kepada ‘siapa’ yang halal. So, maksudnya disini jika ada halal maka adalah haramnya kan? yup memang ada yang haramnya. Dan yang haram itu adalah kasih sayang yang menjerumus kepada kemaksiatan. So, sekiranya kita mencintai seseorang dengan niat menyayangi dia seumur hidup kita, silakan tp biarlah diluahkan perasaan dan rasa kehangatan cinta itu dengan cara yang sebenar dan yang telah dituntut dalam Islam yakni dengan cara pernikahan amboi bila cakap ja pasai nikah senyum lebaq hampa na huhu~ ..

Manakala kepada sahabat juga boleh, kerana nilai-nilai atau sifat mahmudah itu juga telah meletakkan kasih sayang itu sebagai suatu yang mampu menegakkan keutuhan serta perpaduan sesebuah masyarakat umumnya dan dalam persahabatan khasnya oleh itu, sayangi sahabat-sahabat anda seperti mana anda menyayangi diri anda. Dan tips untuk menzahirkan rasa cinta kepada sahabat anda adalah dengan sentiasa mendoakan yang terbaik (dunia akhirat) kepada mereka. Bunyi maçam ‘alaaa~ depa bukan tau pun yang ak doa kat depa, sia2 ja la doa ak kt depa’ ish3 jangan la kata lagu tu, depa akan tau di ‘Hari Kemudian” betol tak?


Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,
bukan pada manisnya ucapan dibibir,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.
IMAM AL-GHAZALI.

Sebab pada hari kemudian yakni di Padang Mahsyar, setiap perbuatan kita itu akan dipaparkan kepada umum haha~ siap la masa tu, mak ayah ampa suma tau yang ampa kutuk depa kat belakang2, cikgu kita pun tau siapa yang pi calaq keta depa, pakcik depan rumah ampa pun tau sapa yang curi rambutan rumah depa huhu~. So, jelas lah disini bahawa nilai ikhlas juga perlu diselitkan dan dipupuk indah dalam sebuah persahabatan itu kalau kita nak kawan semata2 nak perabih pastu nak pergunakan dia ja memang tak tahan lama la jalinan persahabatan tu sebab suatu yang kawan kita miliki itu adalah bersifat sementara dan tidak kekal (sama ja la sementara dan tidak kekal to) Hehe~ . Saja nak panjang kn entry aku kali nie hehe~.  

Oleh yang demikian, aku harap entry kali ni buatkan kita semua memberi serta menerima kasih sayang hanya dari yang halal dan melayangkan kasih sayang anda kepada sesiapa sahaja dengan nilai yang berpatutan  baru la anda itu kelihatan ‘Mahal’ dan sememangnya ‘Mahal’.
Wassalam :)

2 comments: