Sunday, October 30, 2011

Tersenyum dalam pelukan ku :')

Fantasi, 
tetapi malam itu berlaku seakan-akan realiti, :')
seaandainya ianya benar-benar terjadi, 
maka aku lah yang paling bertuah dimuka bumi tuhan ini :') 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Seperti kebiasaan ak dikampung, ak akan bersama dengan saudara ak untuk berbual dan bergurau ..
Tetapi tadi ak berebut sesuatu dengan anak saudara ak, dan seperti biasa juga lah ak sebagai pemula yang suka menyakat mereka hehe~ bukan untuk cari pasal tetapi untuk bergurau dan membuatkan kami lebih mesra .. 
Sebagai rutin harian, Mok akan sentiasa berjemaah di surau dihadapan rumah maklong ak dan akan menyapa kami selepas pulang dari surau dan ak lah orang yang paling gembira kerana ak suka bermanja dengan Mok ..
Kalu bab makan tu, memang ak suka gila bila Mok masak hehe~ .. Tapi mok balik tyme ak tengah menyakat anak saudara ak hehe~ apa lagi kan, Mok memang pantang sikit tengok orang berkelahi ;) dan ak lah yang selalu kena marah sebab ak jugak la pemula yang suka berkelahi dengan kakak ak :p sbb ak suka tengok kakak ak marah dan bila dier dh marah, dier mula la buka langkah silat gayong yang dia belajar sehingga mendapat tali pinggang merah huhu~ mmg kakak ak tu hebat, tapi ak pon hebat juga .. taekwando GTF blue belt haha~ tu ja yang ak mampu, peringkat yang sangat lemah bagi seorang lelaki ;) tapi cukup gagah untuk melawan kakak ak y lasak tu ;)
Oleh sebab itu, nampak ja ak berkelahi dengan anak saudara ak tu .. Teros serangan demi serangan bebelan masok dalam telinga ak hehe~ ak dah biasa so ak senyum-senyum ja kat Mok, sebab ak tau kalau nak Mok stop marah, kita kene manja-manja dengan dier ;) Tu la teknik yang melembutkan hati Mok, kalau nak senang, p kat Mok pastu cium pipi dier lama-lama ;)
Tapi malangnya anak saudara ak nie pulak menjawab huhu~ apa lagi, ak memang x suka kalau orang x sopan dengan orang y ak sayang. So apa lagi, ak pon tegur anak saudara ak ..

"Mu kalau nak kurang ajar dengan orang lain boleh, tapi bukan dengan Mok"

dan ak ulang sebanyak 2 kali ..
Tapi anak saudara ak menjawab, dier kata ..

"Bila masa oghe kurang ajar?"

Ak tau yang dier x sengaja, hehe~ biasa la budak-budak, kalau kita x tegur, dier akan terus lakukan kesalahan y sama kerana bagi dier, benda tu adalah biasa selagi tiada orang tegur dan beritahu y perbuatan itu adalah salah ;)
Lepas habis tegur, Mok pon pergi ke dapor .. Sebab Mok nak pergi ke toilet untuk buang air kecil (dalam angapan ak), ak memerhatikan Mok dan tiba-tiba perasaan sayup menerpa ak .. Ak rasakan sesuatu dalam pemergian Mok, ak endahkan, tetapi masih memerhatikan Mok ..
Mok turun tangga untuk masuk kedalam tandas, masa turun tu, mok macam nk terduduk .. Ak mula panik ak berlari kearah Mok sebab nampak Mok macam dah x balance ..
Sebelom Mok rebah, ak sempat sambut tubuh Mok dan ak dakap erat-erat .. 

Ak dapat merasakan sesuatu, sesuatu yang ak akan hilang buat selamanya dan ianya tidak akan mampu memberi gantian ..
 
SubhanAllah perasaan tu seperti ak pernah rasakan dahulu, perasaan kehilangan seseorang y ak paling sayang ;(
Ak terus menangis sekuat hati ak, ak tau masa Mok sudah sampai tapi ........................

Mok, jangan tinggalkan oghe! :'(

Dalam dakapan tu, Mok sempat memandang ke arah ak, Mok seolah-olah tersenyum gembira dan menjadi tanda tanya bagi ak, kenapa Mok tersenyum? Mok suka ka tinggalkan oghe? :'(((
Ak mula cemas dan merasakan tubuh Mok sudah menjadi sekujur tubuh dan mulai longlai tapi masih ak dakap erat-erat, hanya tuhan sahaja y tahu keadaan pada masa itu .. Betapa ak pilu dan sehingga sekarang ak masih mampu mengambarkan manisnya senyum Mok kepada ak, senyuman yang penuh ketenangan dan seakan-akan berterima kasih diatas segala y telah ak lakukan :'(((

Mok, jangan tinggalkan oghe! :'(

Tetapi dalam kepiluan tu, ak x mampu untuk mengalirkan air mata kesedihan kerana seolah-olah tertahan dengan senyuman kegembiraan Mok tu :'((( namun ak pasrah dan terima dan terus mendakap tubuh y telah membesarkan ak dengan memberi contoh hidup sebagai seorang Islam yang sebenar. 
Setelah ku amati, dan meraung dengan pemergian itu, ak mulai terjaga dari tidur ku dan merasakan kehadiran Mok dalam kehidupan realiti ku ..
Seandainya senyuman y Mok berikan itu adalah senyuman kegembiraan Mok terhadap hadiah bacaan Yaasin y ak sedekahkan setiap kali ak solat maghrib, maka ak berpuas hati dan bersyukur kepada Illahi ..
dan sekiranya tangisan y tertahan oleh senyuman Mok didalam mimpi ak itu adalah untuk ak tidak lagi bersedih, maka akan ku buang rasa sedih itu dan mengamati memori bahagia yang tercipta antara kita :')
Mok, oghe nak Mok tahu y oghe akan sentiasa mengingati dan menyayangi Mok walaupon kehadiran Mok tidak kelihatan didunia nyata ini :') Mok akan menjadi org y paling membahagiakan dalam diri oghe :')

Pergi mu tanpa ku duga, hadir mu membuahkan rasa dan menghilangkan duka! :')

1 comment:

  1. Serius ni memang mampu unleash the tears without warning, entry! huhu. kuat smgt k! tiba2 rasa nk mok jgk. hv only 1 grandma since birth but not too close. Still, can feel her lost..huhu.

    ReplyDelete