Wednesday, January 25, 2012

Day 1.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Semoga anda semua sihat-sihat belaka ya. So, cam yang telah diwar-warkan *cam retis sangat ja kan. Hari ni adalah hari pertama aku jadi babysitter untuk my lil. nephew, so aku sedikit sebanyak ingin berkongsi cerita tentang my day 1st as a babysitter ni la ya. For those yang tidak suka mengenai sentuhan peribadi, sila beredar segera dari blog aku ni ;p segera ya segera.
 
8.00 pagi: My lil nephew sudah pun n bangun dari tidur, owh my Lord daddy su dia masih lagi mengantuk. Please go back con't your sleep ;p tapi apakan daya, dengan tangisan kelaparannya terpaksa juga lah aku untuk menggagahkan diri panaskan air susu yang telah disediakan oleh along aku sebelum bertolak pergi kerja. Tapi for the 1st timer mcm aku ni agak sedikit kelam kabut la kan but nasib baik abang chik aku ada dirumah shift malam, so pagi dia ada la kat rumah. Dia la tolong aku panaskan air dan membuat aku bertindak secara rasional which means agar tidak panic ;) bila ja dah siap feeding, mula la sesi mendodoi manja :)

8.30 pagi: Selesai feeding. Blurpppp~ Alhamdulillah :)
Feeding lil baby Aqeff :)
Well after feeding, kita kene sapu-sapu&tepuk-tepuk manja bahagian belakang badan baby tu ;)
Get ready baby Aqeff ;) *btw tu untuk mengelakkah dari baby muntah/jeluek (jeluek tu bahasa kelantenese) susu yang diminum :)

8.50 pagi: O~ my lil nephew, sila tutup mata anda ya ;) daddy su mulai longlai dan mengantuk, daddy su ni dah la ada tabiat buruk yakni tidur selepas subuh ;p So dengan pengalam ini juga aku dapat pengajaran serta membiasakan diri aku untuk stay cool after subuh, SubhanAllah sambil aku mendidik sertam mengasuh anak buah aku sambil itu juga Allah swt memdidik dan mengasuh aku untuk sentiasa berjaga dan melakukan aktivitas selepas solat subuh. Nabi Muhammad saw juga ada menyebut serta menyarankan bahawa kita perlu melakukan aktivitas selepas solat subuh yakni kekal segar dan mulai mencari rezeki tanpa membuang masa :)

9.30 pagi: O~ my lil nephew, tangan daddy su dah lenguh mendodoi dan berzikir kepada anda. So ini lah masanya anda tidur bersendirian dengan jagaan daddy su di atas katil sendiri ya :) moga selesa and make yourself comfirtable ya.

9.50 pagi: Alamak aii~ ttiba my lil nephew tersedar pulak serta macam berat sangat ja pampers dia ;p adehh~ kene taharah kan beliau la nampak nya :) ok!Mandi time! ;p wangi-wangi ya.

*Cara-cara nak mandikan baby:
  1. First and foremost, anda semua perlu lah menyediakan semua peralatan yang perlu untuk masa mandi, senang kata preparation untuk mandi la kan :)
    - Barang-barang yang perlu adalah seperti besen mandi, jug/bekas air untuk siram baby (baby tidak digalakkan untuk mandi menggunakan suhu air yang sejuk!make it sure its warm ok!), baby shampoo, baby bath, and most important is ... towel ;)
  2. Bila dah sedia semua peralatan tu, anda perlu lah berbogel!opsss!bukan anda, tetapi bayi itu ya! ;p bukakan semua baju, seluar, pampers beliau (lampin sekiranya anda masih menggunakan cara tradisional) serta kain bedung :) biarkan baby selama beberapa minit berkeadaan demikian (macam buat kek la pulak)
  3. So sekarang baby itu sedia untuk dimandikan!make sure yang semua bahagian badan baby itu dicuci dengan sebersih-bersihnya, takut nanti ada ruam atau gatal-gatal. Pada bahagian leher selalunya mereka-meraka terlepas pandang, biasanya pada bahagia leher tu ada sedikit sisa air susu yang mungkin tertumpas semasa feeding :) So pleasa taking care of that baby hygiene ok. Juga berhati-hati sekiranya membersihkan pada bahagian alat sulit (bagi baby lelaki) kerana pada bahagian itu masih sensatif dan ianya juga mengelakkan dari berlaku angin pasang dan sebagainya (sebab itu kita perlu tuam menggunakan pasir panas setelah selesai mandi)
  4. Tips!:
    -Mandikan atau basahakan pada bahagian kaki dahulu dan baru naik ke bahagian yang lebih tinggi hingga ke kepala. Ianya sunnah! :) kita juga perlu praktikkan mandi sebergitu kerana saranah dari Nabi Muhammad saw, sunnah. Dapat pahala dengan mudah :)
9.55 pagi: My lil nephew got 'sedu' :(
*Tips!
- Bagi baby minum air dan letakkan tisu basah dibahagian dari tengah-tengah antara 2 kening :)
Ianya petua orang dulu-dulu

10.25 pagi: Feeding lagi!ya, my lil nephew sangat kuat minum :) its make him strong!

11.10 pagi: O~ my lil nephew sudah mengantuk dan tidur dengan nyenyak!

2.27 petang: Baru la aku dapat makan!breakfast+lunch! ;) sebab terlalu kene jaga my lil nephew cz beliau sangat la sensatif dengan bunyi semasa tidur. Tak boleh bunyi sikit mesti dia terjaga ;) cute! So setiap kali ada bunyi prang preng prong dari jiran sebelah rumah ka mana-mana ka, aku terpaksa lah mendodoinya kembali ;) enjoy! dan beliau sangat la nyenyak sampai along balik baru la beliau sedar!tu pun selepas feeding beliau tidur semula! ;) baby memang macam tu, sebab malam beliau nak meragam and bermanja-manja dengan ibubapa beliau pula ;)

4.21: Along pulang and my lil nephew pun terjaga+feeding. Aku pun dah lunyai sebab masih tidak tidur, sekarang daddy su nak baring pulak, tapi nak kene solat dulu pastu tunggu isya' baru la tidur.

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment