Monday, January 30, 2012

Day 4.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)
Well2, kisah sedeyh hari nie! :'( sian baby Aqeff. May Allah swt bless you yeah baby tomey. Ameen~
 
2.00 petang: Along dengan abang Zul p Hospital untuk bervaksinasi :) pergi la mereka 1 keluarga dengan bahagianya.
*Along kata masa injection tu, kemain la baby Aqeff tu mengangis sekuat hati sampai nurse kat situ pun terkejut dengan kebolehan vokal beliau yang kalah Jaclyn Victor dalam 3 suara ;) haaa~ kau mampu berpitching sedemikian?Lepas balik ja, mula la tindakan yang drastik dan membanggakan sehingga aku pun terkejut sama, yakni teriakkan yang sangat la kuat. Mungkin beliau tak selesa, sakit pulak tuh kene inject. daddy su dia pun kene inject 8 kali baru jumpa urat ;p doctor cakap sebab aku takut sangat. Macam tu jugak la kot keadaannya dengan my lil nephew ni ya? :) Pastu jenuh la along p dodoi bagi breastfeed bagai, keadaan lega sekejap pastu jadi semula. Kesian tengok baby Aqeff. Macam mana la daddy su nak jaga esok kalau awak menanges macam tuh? ;(  tak apa, daddy su akan cuba ya sebab tadi pun ada kawan daddy su ajaq lagu mana nak handle keadaan awak tu :) kawan daddy su pun ada bagi a few tips kepada para ibu jika membawa anak anda untuk injection session :)

Tips:

1. Next time before cucuk, distract baby dgn benda2 like toys ke, sumthing colourful ke... 
n breastfeed before n during vaccination adalah sgt bagus

2. Sekiranya dah inject baru baca blog aku ni, ini lah saranan beliau :)
: For now there's ntg u can do except gosok2 tmpt inject tue, distract baby...
tue je yg boleh buat
* Aku salin bulat-bulat ;)
So, jika mahu tahu lebih lanjut sila berhubung sendiri dengan beliau.
Beliau merupakan pelajar jurusan Medical Lab di Kolej Sime Darby. *Siap biodata lagi ;)

Pastu kejadian itu berterusan, tapi baby Aqeff ada la juga lelap-lelap sikit sebab beliau sangat la mengantuk.

6.00 petang: My parent pun sampai rumah setelah bekerja :) balik-balik ja, mak aku terus p tengok cucu nya tanpa melihat anak nya ini. Terasa jeles pulak daddy su kat awak wahai baby Aqeff ;p pastu aku pun berkemas-kemas sebab nak pulang ke rumah along. Along kerja esok, so aku perlu jaga Aqeff la esok ya :)

6.30 petang: Bertolak ke Cheras sambil bergegas kerana kawasan perumahan aku ada fogging ;) bersesak nafas la parent aku kat salam rumah tu ;p

7.10 malam: Tiba di rumah.
*Baby Aqeff sangat la pendiam semasa beliau didalam kereta ;p mungkin seronok dengan gegaran kereta dan aircond yang nyaman seperti di bilik Tok Ma& Tok Abah beliau.
Sampai ja rumah, kedengaran suara nyaring yang mampu menakutkan semua orang :'( Adehh~ baby Aqeff nanges rupanya :) Along pun breastfeed lagi, memang nak termuntah la kalau aku, sebab dalam kereta tadi pun baby Aqeff feeding. Tapi tetap nanges, mungkin sakit sebab injection tengahari tadi kot.

10.00 malam: *Tiba-tiba dah jam 10 malam kenapa?sebab daddy su terlelap selepas solat maghrib tadi ;p 
Baby Aqeff masih menagis, kesian along dengan abg zul. Mereka dah tak tahu apa nak buat, first baby la katakan. Pastu abang zul measure suhu beliau 37.7c, demam la kot na :'( Panas badan beliau, so along dengan abang zul pun letak la 'Cool Fever'. Tapi tetap la dengan menangisnya :'( Pity you O~ my lil nephew!.
Pastu along pun call la Tok Ma si baby Aqeff, setelah habis mengadu &consultation dengan abang aku yang kerja M.A tu, kami pun decide untuk pulang ke rumah dan bagi baby Aqeff tidur kat rumah my mum untuk hari ni sehinggalah beliau getting well ;)

11.00 malam: Sampai rumah. My parent tak ada kat rumah!rupa-rupanya p makan kat luar, ni mesti sebab my mum tak larat nak masak. Kesian beliau.
*Sepanjang la berada dirumah baby Aqeff menanges, kami semua tak tengok pun TV tapi tengok baby Aqeff menangis yang teramat sangat :'(

12.30 tengah malam: Bawak baby Aqeff tidur di kamar ibu ku sebab sejuk sikit ada aircond :) baru la beliau senyap se ke jap! ;p pastu nyaring balik jeritan menagis beliau tuh.

1.00 pagi: Masih tidak tidur, menagis kuat gila kot ;) kesian aku tengok kat baby Aqeff sebab menanggung sakit, my mum sebab duduk la memujuk bagi tak nanges, along sebab rungsing tak tahu nak buat macam mana, abang zul sebab naik turun duk buat air susu, my dad&abang sebab cuba nak bagi baby Aqeff berhenti menangis.

1.50 pagi: Baru la berhenti menanges si tomey tu. My mum&along pun tidur dengan suka hati tapi letih sebab esok dah nak kene kerja :'( Tak apa, jasa kita semua akan dikenang suatu hari nanti. Keikhlasan kita menjaga beliau pun sudah tertulis dan terganti dengan pahala :) insyaAllah.

*Gambar untuk entry nanti insyaAllah kalau aku rajin aku upload ;)

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment