Thursday, January 26, 2012

Day 2.

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

Sehat-sehat selalu to my honorable readers! :)
So sehinggakan hari ini merupakan hari ke-2 aku memegang jawatan selaku babysitter untuk my lil nephew. Hari ke-2 membawakan kisah yang berbeza melihat keletah si comel my lil nephew :) ala bucuk busuk masam.

6.50 pagi: Daddy su bangun lewat ya hari ni untuk subuh!ish3 contoh yang tidak baik!berubah segera!So bangun pagi-pagi selepas solat terus daddy su pergi ke kamar along sebab nak jaga Aqeff. Tapi daddy su tak tidur pun sebab baring ja kat sebelah Aqeff, terus tangan Aqeff bergerak-gerak macam tau-tau ja ada kehadiran seseorang kat sebelahkan?tak pa, daddy su baring kejap pastu p panaskan susu.

8.15 pagi: Assalamualaikum, Morning. Shine and rise!my lil nephew sudah pun membukakan mata beliau :) bangun-bangun ja terus merengek, lapar katanya. Tak pa tak pa, kali ni daddy su sudah pun bersedia terlebih awal dimana daddy su mengorbankan masa pagi daddy su dengan memanaskan susu Aqeff terlebih dahulu sebelum Aqeff bangun *siap dah mandi lagi ok!. Pengorbanan sangat daddy su pagi-pagi ni kan ;) Sebab apa?sebab tak mo Aqeff tomey menangis lama-lama, nanes sikit-sikit ja tau. Sambil feeding, sambil tu jugak la daddy su bersama Aqeff menonton cerita 'Macam-macam Aznil' :) amboi senyum lebor tengok my lil nephew tersengeh, paham ka tak la tu kan. Tersengeh sebab paham ka tersengeh sebab tengok uncle Aznil menari? ;) tak pa, janji Aqeff terhibur&happy pagi-pagi ni. Senyum tu juga adalah salah satu sedekah, so Aqeff dah sedekah kat daddy su senyuman yang membuatkan daddy su pun tersenyum :))) hamboiii~ ..

8.58 pagi: O~ my lil nephew, awat tak tidoq lagi?bukan dah menguap-nguap ka? ;) ni mesti gagahkan diri nak menonton tv lagi kan ;) NO!daddy su tak benarkan ;) kerana daddy su akan kembali mendodoikan anda sebab anda memang sangat mengantuk *sebab dah banyak kali menguap&badan beliau pun sudah longlai sangat :)

9.56 pagi: Adehhh~ akhirnya baru la my lil nephew tidur :) tapi yang paling lawak beliau lena sambil menghisap susu, adeh~ mengekeh-ngekeh daddy su tengok. Lain kali kalau nak lena tu, bagi la sign sikit ya. Ni tak, teruskan menghisap ja walaupun mengantuk tahap gaban ;) Tapi amat menghiburkan hati daddy su, tapi!amat membahayakan anda ok!sila jangan buat lagi ;) sebab bukan daddy su ja sayang Aqeff, tapi Tok Ma, Tok Abah, Mama papa pun sayang Aqeff :) Stay healthy ok! :)

Feeding! ;)
10.50 pagi: O~ my lil nephew sudah terjaga dari tidur nya yang nenyak tadi ya, adeh~ distraction banyak betul sampai beliau terjaga. Please do STOP sound pollution wahai jiran-jiran semua :) Pampers pun sudah berat, so taharah diperlukan&its for Mandi tyme! ;) lets go to playing with bubble and baby duck! :)

11.50 pagi: Sudah wangi, sudah feeding maka baby Aqeff mulai beradu! ;) tidur sudah baby kecil ni, comel!. Tahukah anda dimana betapa manja nya baby Aqeff ni sehinggakan hanya ingin lelap ditangan daddy su beliau, bila aku letak kat katil beliau ja mesti beliau terjaga& nak aku pegang ;) manja sangat ya, tak apa tak apa bukan selalu. So daddy pun angkat la semua si manja Aqeff ni. Maka beliau pun lena lah dibahu ku.

2.30 petang: Ish3 lama betul beliau tidur, sampai sekarang pun masih lena. Tapi tadi ada juga lah tersedar sekejap sebab bunyi motor, tapi tidur semula :) tak apa, daddy su dodoikan ya. Tapi daddy su pun mengantuk&nak solat sekejap ya. Lepas solat daddy su pun con't tidur dengan my lil nephew ;) hilang mengantuk :)
Ni la my lil nephew yang sangat manja. Adehh~ lenguh tangan daddy su ni tau tak ;) tapi tak apa, sebab daddy su pun ngantuk&nak tidur kejap ;p
3.30 petang: Masih tidur sambil ditemani alunan ayah al-Quran surah al-Lukman :) esok surah Yusuf pula ya.

4.18 petang: Along balik dari kerja :) my lil nephew pun terjaga bila dapat tahu mama dia pulang ;p bangun la ya baby tomey.

5.30 petang: Daddy su dia pulak bantai tidur after solat ;)

Ok tu ja diary untuk hari ni, jumpa esok sebab daddy su nak tidur! ;) k tata~ nyte~
Assalamualaikum wbt
May peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment